Thursday, November 8, 2012

meh buat coklat lolipop oreo

Nak cuti sekolah ni kan ?..Meh buat coklat lolipop oreo.. alkesah suka wat projek dengan anak-anak buah ni bila berkesempatan.. Nama budak ni Afi umur die 7tahun..hehe
 
 Afi kata mesti ada :
Biskut Oreo
coklat susu kompaun (alkesah beli kat kedai Bagus)
Edible imej
Lolipop stick
Acuan plastik lolipop
 
 Memula Afi suruh buka kepingan oreo, buka pelan2 nanti biskut oreo yang patah2 afi makan katanya..
 Sementara tu cairkan coklat dalam microwave atau double boiler atas dapur gas.
Biskut oreo yang dah dibuka, Afi kata letakkan stick perlahan-lahan nanti pecah die akan makan lagi.. Lepas tu telangkup kan balik.
 Dengan pertolongan orang dewasa..curahkan sedikit coklat panas ke dalam acuan lolipop
Letakkan oreo tadik, dan pelan-pelan curahkan lagi coklat panas tadik sampai menutupi biskut oreo tadik. Bekukan sebentar kedalam fridge.
 Selepas beku, keluarkan coklat lolipop dari acuan terbalikkan.
 Lekatkan sedikit coklat panas dengan edible image dan lekatkan ke bahagian rata lolipop tadik.
Siappp..coklat lolipop oreo kiter..kalau nak bagi orang kan..trim-trim sikit coklat yang berlebihan. Kalau nak buat makan sendiri, tak payah lee.. Selamat mencuba !

Thursday, November 1, 2012

lets make rose swirl cake

Raya aidil adha baru ni alkesah sekeluarga beraya di ipoh rumah kakak di sana. Niece alkesah yang bakal berkahwin disember ni mengambil kesempatan ke atas `maksu' die..di suruhnya alkesah ajar die decor kek swirl rose yang popular sekarang.. ok ok la..sayang anak buah punyer pasal..jom pi carik bahan2 pastu kiter mulakan operasi
 Maksu die tengok aje..ajar die A to Z..oleh kerana minat dan dah lama nak belajar die akur aja..uihss kat umah eva ada PML? caya la..sat gi nak terjah kat store die
 Nama cewek ni Eva.. Setelah buat buttercream biasa dengan sedikit meringue powder (Alkesah memang suka letak meringue powder ni sebagai penstabil buttercream..nak-nak cuaca kiter yang panas yang selalu membuatkan buttercream cepat `melt'),eva pun balut kek rata-rata dengan buttercream ni cuma untuk meliputi badan kek. Masukkan sebenar dalam petiais untuk memgeraskan sedikit icing ni. Keluarkan dan mulakan meng icing.

 Alkesah gunakan 2 tone pink colour dari colour Wilton. Swirlkan bahagian paling bawah dulu..alamak luper pulak nak snap gambo. Setingkat demi setingkat arah ke atas.
 Sampai bertemu di tengah kek. Walla...
 Kebetulan birthday anak alkesah..dapat la si boy kek pink yang cun melecun..die pun tak kesah janji ada kek..hehe..Cantik tak kek ni? bleh buat sendiri kan? takpayah order-order..opss marah penjual2 kek diluar sana..maaf yaaa ibuk-ibuk... layannzz..