Wednesday, March 7, 2012

bunga porcelain mak

Hampir 6 tahun ibunda alkesah meninggalkan kami...setelah kehilangan bapa 2 tahun sebelumnya.. ingatan terhadap mereka masih segar seolah2 baru meninggalkan kami.. semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aminn

Antara beberapa keinginannya sebelum dia pergi.. meminta alkesah gubah semula bunga porcelain miliknya. Ye la mana nak sempat masa tu kami adikberadik uruskan beliau. Bunga porcelain ni taksilap alkesah dibeli di kota inggeris..


Tersimpan rapi dan baru-baru ni alkesah terjumpa semula. Walaupun banyak kuntumnya cedera dan sumbing-sumbing, alkesah masih nak mengubahnya.


Tangan pun dah keras jadik alkesah bawak ke kedai bunga. Setengah hari menunggu akhirnya siap! Puas hati sangat..kalau la arwah melihat ni tentu die gembira..:)


Yang ini bunga porcelain gantung juga milik ibunda yang alkesah re-frame semula di kedai. Ada sepasang.


Setiap kali melihat bungaan ni..memang teringat ibunda...


Baru la ada macam rumah sikit kannn..hehehe..ada bunga-bunga kalau tak pml..pml..pml..takde seri ! hihi.

Last but not least satu lagi gubahan yang alkesah rembat kat kedai bunga tu..suke suke bunga hydrangea....opsss ada tureen matching kat tepi die..layanzz

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...