Saturday, December 22, 2012

Jalan-jalan ke kuantan

Salam di hari Sabtu.. nak berkongsi gambar semasa alkesah jalan-jalan ke Kuantan. Selalu jugak gi Kuantan tapi tak penah entri. Kali ni cerita pasal perjalanan balik dari kuantan singgah ke sebelah stesen Petronas tempat banyak keropok basah, kering dan jajan di jual..
 Tak sah kalau perjalanan balik tak singgah ke sini
 Beli jugak untuk buah tangan
Keropok lekor basah..selalunya beli yang kat dalam termos tu..lagi sedap..hehe
Bukan nak promote..tapi dari dulu alkesah suka beli keropok ikan tamban kuala kemaman..sedap
jajan
lempuk dan sebelah kanan tu lupe la pulak ape dia
ni rangup dan manis..lupe jugak nama die..layanzzz

Monday, December 17, 2012

For sale Teaset aladin roshijau

Teaset aladin rose hijau for sale terdiri daripada
(1) Satu teko aladin
(2) Cawan/lapik 6pasang
(3) Sugarbowl dan creamer aladin
(4) 1pc oval platter (seperti dlm gambar)

 
bagi yang berminat sila EMAIL ONLY ke :

aida_sah2000@yahoo.com (dibuka 24jam sehari)

untuk beri peluang juga yang tiada 

facebook


dengan kiraan `first come first serve'

terima kasih kerana sudi singgah...

Friday, December 7, 2012

J&G Meakin yellow & pink flower

Assalam... memang dah lama tak update blog kann..termasuklah alkesah ni..nak jugak update sebagai rujukan dimasa hadapan. Nanti nak tunjuk kat cucu-cucu..cewah..rujukan gambar-gambar PML, lama-lama esok tak ingat bunga ape.. Kali ni nak berkongsi dinnerset meakin berbunga kuning dan pink..

Memang dah laaaama teringin nak memiliki set seakan sebegini.. jenuh dah usher kat kengkawan..skodeng blog dorang..pastu jamu mata di setiap pemilik set ni..tengok aje la..rase mimpi nak dapat ni..
Teapot yang gebus
deretan cawan berbunga di dalam
cair kan nengok ni
pinggan 10inci buat makan dan mangkuk lauk
aaaaaa
tak sah dinner or teaset alkesah kalau takde tureen.. suka sesangat..boleh wat hidang bubur di kala petang atau sebagai mangkuk nasi for dinner
Sesungguhnya pada pengamatan alkesah ..sangat la cantik set ni, tak terkata sebenarnya..alhamdulillah, terima kasih yang tak terkata kepada seller yang sudi melepaskannya..kasih dijunjung..hihihi.. akhirnya idaman hati bersemayam di teratak alkesah..moga kiter bertemu lagi di episod akan datang..hehe.. layanzz

Thursday, November 8, 2012

meh buat coklat lolipop oreo

Nak cuti sekolah ni kan ?..Meh buat coklat lolipop oreo.. alkesah suka wat projek dengan anak-anak buah ni bila berkesempatan.. Nama budak ni Afi umur die 7tahun..hehe
 
 Afi kata mesti ada :
Biskut Oreo
coklat susu kompaun (alkesah beli kat kedai Bagus)
Edible imej
Lolipop stick
Acuan plastik lolipop
 
 Memula Afi suruh buka kepingan oreo, buka pelan2 nanti biskut oreo yang patah2 afi makan katanya..
 Sementara tu cairkan coklat dalam microwave atau double boiler atas dapur gas.
Biskut oreo yang dah dibuka, Afi kata letakkan stick perlahan-lahan nanti pecah die akan makan lagi.. Lepas tu telangkup kan balik.
 Dengan pertolongan orang dewasa..curahkan sedikit coklat panas ke dalam acuan lolipop
Letakkan oreo tadik, dan pelan-pelan curahkan lagi coklat panas tadik sampai menutupi biskut oreo tadik. Bekukan sebentar kedalam fridge.
 Selepas beku, keluarkan coklat lolipop dari acuan terbalikkan.
 Lekatkan sedikit coklat panas dengan edible image dan lekatkan ke bahagian rata lolipop tadik.
Siappp..coklat lolipop oreo kiter..kalau nak bagi orang kan..trim-trim sikit coklat yang berlebihan. Kalau nak buat makan sendiri, tak payah lee.. Selamat mencuba !

Thursday, November 1, 2012

lets make rose swirl cake

Raya aidil adha baru ni alkesah sekeluarga beraya di ipoh rumah kakak di sana. Niece alkesah yang bakal berkahwin disember ni mengambil kesempatan ke atas `maksu' die..di suruhnya alkesah ajar die decor kek swirl rose yang popular sekarang.. ok ok la..sayang anak buah punyer pasal..jom pi carik bahan2 pastu kiter mulakan operasi
 Maksu die tengok aje..ajar die A to Z..oleh kerana minat dan dah lama nak belajar die akur aja..uihss kat umah eva ada PML? caya la..sat gi nak terjah kat store die
 Nama cewek ni Eva.. Setelah buat buttercream biasa dengan sedikit meringue powder (Alkesah memang suka letak meringue powder ni sebagai penstabil buttercream..nak-nak cuaca kiter yang panas yang selalu membuatkan buttercream cepat `melt'),eva pun balut kek rata-rata dengan buttercream ni cuma untuk meliputi badan kek. Masukkan sebenar dalam petiais untuk memgeraskan sedikit icing ni. Keluarkan dan mulakan meng icing.

 Alkesah gunakan 2 tone pink colour dari colour Wilton. Swirlkan bahagian paling bawah dulu..alamak luper pulak nak snap gambo. Setingkat demi setingkat arah ke atas.
 Sampai bertemu di tengah kek. Walla...
 Kebetulan birthday anak alkesah..dapat la si boy kek pink yang cun melecun..die pun tak kesah janji ada kek..hehe..Cantik tak kek ni? bleh buat sendiri kan? takpayah order-order..opss marah penjual2 kek diluar sana..maaf yaaa ibuk-ibuk... layannzz..

Monday, October 29, 2012

Teaset JB Old Mill for sale

Alkesah nak letgo satu set Johnson bros old mill brown (pattern seperti di bawah)



Yang di letgo adalah :
1 teko
6 pasang cawan/lapik
open sugarbowl
creamer

berminat sila email ke aida_sah2000@yahoo.com

Friday, October 19, 2012

Set makan kelapa

Sempena minggu flora di group APC facebook..alkesah nak berkongsi set minum dan makan kelapa...senang nyer entri..hehe.. takyah citer banyak ehh..meh intai
Sepasang teko adik-beradik tiri lain mak lain bapak.

Dari tak ada jadilah ada 3 set cawan..asalnya ada 5 set..2 cawan main hujan..abis patah renyok..eh ?

Tuween kelapa ni ..ku serahkan jiwa dan raga...
Piring gulai 9inci ada 12 keping..bleh wat makan laksa asam 
Berganding dengan adikberadik oval platter dan piring kuih 9inci buat makan beehun.. layanzz

Monday, October 15, 2012

meh gubah bunga takpakai

 Akhir tahun musim orang kawin sana sini.. sibuk la agaknya.. Alkesahnya pun sibuk tolong anak buah siapkan hantaran and such. Lebihan bunga yang takpakai jangan tak tau bleh jadik satu gubahan. Meh alkesah ajar mana yang tau..dont buang-buang tau
 Bahan yang perlu seperti span bunga mati (berlainan dgn bunga hidup tau), plasticin diperlukan untuk mengetatkan span tadik atau guna glue gam nak letakkan span. Sebagai pasu alkesah amik bekas2 hamper yang takpakai. 
 Disebabkan tin hamper ni ringan, letak plastisin nak bagi pot ni berat sikit..kang pasu melayang-layang..hehe
 Cucuk bunga yang paling besar di tengah.. Ada 3 kuntum aje..dont worry nanti die pretty jugak tu macam pretty zeinta..hehe
 Cucukkan bunga yang agak kecil sambil membentuk bujur atau bulat. Kali ni alkesah bujurkan die.
 Kalau perlu memanjangkan dawai ikat dengan pembalut bunga dgn dawai no.18
 Akhir sekali masukkan bunga-bunga lebihan tadik.. Honestly..alkesah tak tokok tambah bunga lain..pakai jer yang lebihan buat hantaran..
 Siap sudah..bleh le di posing mana suka.. :)

Wednesday, October 3, 2012

semalam i call u tak answer....taknak kot...

Semalam i call u..u tak answer
u kata u keluar gi dinner
u kata u keluar dengan kawan u
but when i call tommy he said it wasnt u...

Entry di tujukan khas untuk Zaza comel juga kepada semua kengkawan yang menggemari set ini..kerana dikau lah `kengkawanku' berada di sini..ahakss..
 
silalah menjamu mata..