Tuesday, November 29, 2011

makan-makan di pantai jeram

Petang Sabtu yang lalu.. kami berkunjung buat kali kedua nya ke pantai jeram yang terletak kira-kira 27km dari bandar Klang atau 16km dari Bandar Kuala Selangor. Restoran Ikan bakar yang sama menjadi pilihan. Tak sangka cuti panjang camni berduyun orang yang menunggu meja kosong..
Banyak meja yang kosong rupanya telah ditempah...waduhh mana nak tau..kitorang redah je..hehe. Cepat-cepat alkesah amik kad untuk kunjungan akan datang.
Menu yang selalu kami order..kerapu masam manis, siakap stim, ketam masak cili, udang butter, sotong celup tepung..hmm
Butter prawn antara yang best.. tapi control..
My feberet..ketam masak cili..waduhh control jugak ni..
Sepanjang perjalanan balik..hujan rezeki dan mendung sesekali dengan rintik hujan seakan menyambut tahun baru di Awal Muharram...indahnya alam dikala fajar menyinsing..
Tiba di KL sempat ambil gambar KLCC diwaktu malam...sesekali tukar angin ni memang la bagus kan..layanzz

Friday, November 25, 2011

majlis merisik fav niece..

Salam pada pengunjung..nak berkongsi kesah anak buah favourite alkesah di risik pada bulan lalu.. Kenapa favourite? Panjang cerita..antaranya dia cucu kesayangan my parents sejak kecil kerana rajin melayan Opah dan Atok... the one that take care always been a fav to the elderly.. nak buat macamane..hehe

Alkesah nya pada tarikh merisik tu alkesah tak dapat hadir kerana abang kandung yang kritikal di hospital. Jadi berkongsi gambar dari lensa kamera die.

Kisah cinta anakbuah ni agak panjang dan berliku-liku..kesian kat die.. Pada pengamatan alkesah she is a sweet girl just hoping to have somebody love her sincerely..thats all..

Barang hadiah daripada pihak lelaki.. Waa dah macam acara bertunang pulak.

Agaknya acara kemuncak mestilah makan-makan tak gitu..hehe. suka tengok gelagat sedara mara kedua-dua belah pihak beramah mesra..

Antara tetamu yang hadir adalah adik kepada bakal suami anakbuah.. Dont play-play arrr..she's a doctor..hehe

Tingkat sia bakul yang dapat alkesah tolong bagi menyempurnakan majlis. Di isi dengan makanan bagi balasan kepada hadiah-hadiah yang diberi.

Coklat di tingkat pertama

Yang ini pelbagai jenis baklava yang alkesah order dari kedai arab sebagai hadiah pemanis. Hmm.. the end..nanti bulan 12 majlis pertunangan yang insyallah alkesah dapat hadir ..layanzz

Thursday, November 24, 2011

nak letgo 5 : yang hijau-hijau aja

Salam pada semua..alkesah sekali lagi ingin let-go beberapa PML.. sila layari..

(1) Teaset Rose Hijau : sold
ada :
1 teko aladin
6 set cawan/piring
sugarbowl siri aladin
creamer siri aladin
14inci oval platter

Free gift : 6 keping saucer


(2) Tureen batik japan berukuran mulut 10inci x lebar 7 1/2inci
berserta 1 keping 9inci pinggan batik
(utk pengambilan sendiri shj) sold

(3) Johnson bros old english pilihan (terhad) :sold
(1) 10inci pinggan hijau
(2) 8inci piring hijau
(3) 8inci piring kuning hijau
(4) 7inci piring kuning hijau
(5) 6 1/2inci piring kuning hijau

(4) Johnson bros hijau corak Khyber pilihan (terhad) :
(1) 10inci rimmed plate (3 lagi)
(2) 9inci rimmed bowl(sold)
(3) 9inci plate(sold)

(5) J&G Meakin Chatham Tureen bulat berukuran mulut 10inci
(utk pengambilan sendiri shj)

bagi yang berminat sila email at

aida_sah2000@yahoo.com (dibuka 24jam sehari)

dengan kiraan `first come first serve'

terima kasih kerana sudi singgah..

Wednesday, November 23, 2011

santai ber bbq

Pabila ipar-duai bertandang aktiviti masak-masak dan bbq menjadi rutin. Aktiviti yang memerlukan persediaan awal dengan perapan pelbagai daging ini dilakukan sekeluarga. Sambil bergurau senda dengan keluarga sambil bersantai dengan anak2 dan beristirehat. Sesungguhnya `divert' dari rutin harian ni amat menyeronokkan.
Daging yang menunggu siap dimakan.

hmm..tak sah kalau tak bbq lamb..:)

Antara seafood yang di panggang

Puding roti ni alkesah buat dengan anak-anak bujang. Sebab nak makan dorang tolong la..hehe

Anak buah bergurau-senda dengan abang-abang besar die..

Ok, dah siap kene la baca doa selamat dulu.... jemput makan !

sekian cerita alkesah kali ini..

Tuesday, November 22, 2011

aku seorang kolektor

aku bagaikan seorang pendatang...eh. lagu pulak...bukan seberang mari...pendatang baru dalam arena pinggan mangkuk lama..

kerja aku mengacau tuan aku susun mangkuk...

Sesetengah orang bertanya macamana koleksi boleh banyak..alkesah menjawab tidak mungkin berbekal sesusuk badan yang meksi meksi..waduhh... kiter adalah kiter..tak mungkin lirikan mata kite mencairkan si penjual..no no no... berbekalkan gitar tua..eh tidak jugak...

dah puas aku carik port dekat tuan aku nap..ngacau le ni..

berbekalkan kemanisan bicara.. mengorak langkah kanan dan berbismillah memungkinkan mendapatkan rembatan.. waduhh... kalau ada rezeki !! kalau takde pulang dengan bonet kosong aje la..

tukar posisi adalah hobi sehati sejiwa kami berdua

Tentang siri-siri letgo..nama pun letgo...siri-siri yang alkesah suke berkongsi....kekadang (selalunya kebanyakan) yang elok di letgo tinggai yang capik aja..sebab? kepuasan pembeli diutamakan....percaya atau tidak kekadang juga untung rm50 aje se teaset...sebab? sawan alkesah kekadang nak letgo aje..

tuan aku bangun...kami turut bangun mengacau lagik...

itupun ada beremail....rege mahai tahap gaban..ye ke? ntah..alkesah tak mengerti..yang alkesah tau rege yang dikatakan tahap gaban cuma untung taksampai rm100 untuk satu teaset.. Percaya atau tidak terpulang. kekadang ada yang rugi..tapi takpe dimana ada rezeki..Insyallah tak kemana..

bertemu Shima yang manis dan peramah..harap jumpe lagi yee..

Kekadang kawan berbicara...ah jangan pedulikan orang-orang sebegini..ya..betul tapi hairan bin ajaib.. masih minta untuk memiliki..hmm..itupun masih alkesah layan..tak kisah la kan..takjadi beli takpe..kiter jadik kawan ape salahnye..cuma dalam usia menginjak separuh abad alkesah mudah terkecil hati..ah..takpe la..masakan nak di ikutkan hati..alkesah cuma tersenyum untuk memujuk hati..

Sekian cerita alkesah kali ini..
jumpa lagi..


Friday, November 18, 2011

nak letgo 4 : yang pink-pink aja

Yang pink-pink saja dulu ya...meh intai jualan hari ni..jualan penghabisan stok hahaha..



(1) J&G Meakin Rosa Cinderella coffee set twice sold..:)




ada :
1 coffee pot rosa cinderella
6 set cawan/piring rosa cinderella
1 krimer rosa beralun
2pcs 7" piring kuih rosa cinderella
1 pc 11" oval rosa cinderella
free : 3 coffee cup rosa + 1pc 7" piring kuih




(2) Teaset Bigroses sold




ada :
1 teko bulat
6 set cawan/piring
1pc krimer
1pc 10" oval platter
2pcs 8" piring kuih
free : 2pieces extra piring



(3) Teaset Kekwa Merah sold




ada :
1 teko bulat
7 cawan/piring ML
6pcs 7" side plate
1pc 10" oval platter
2pcs 8" piring kuih
free : 1set cawan/piring bentuk telur


bagi yang berminat sila email at

aida_sah2000@yahoo.com (dibuka 24jam sehari)

terima kasih

Thursday, November 17, 2011

lama-lama jadi bukit

tinggi..tinggi lagi..lama-lama sampai siling rumah..waduhh..Dah suka nak buat camne..pantang jumpe..bekas sia yang boleh di mangga ni alkesah beli lagi dan lagi selagi ada bajet...


Di ceritakan dedulu sewaktu majlis kenduri kahwin...mangkuk2 sia berkunci ni akan di bawa oleh jiran-jiran ke rumah majlis. Berbagai bentuk buah tangan diberi oleh jiran-jiran termasuk garam dan gula. Di isi kedalam bekas sia-sia ni dan ditinggalkan di atas para di rumah majlis. Saat dipulangkan telah di isi tuan rumah pelbagai juadah dari majlis sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan. Begitu yang alkesah dengari..


Bekas sia cenonek yang paling kecil ini..paling alkesah suke..comel aje sebesar sebijik cawan
Lorekan pada bekas sia ni yang dapat alkesah kongsi.. Corak pada semua se akan sama..

Asalnya alkesah ada satu je peninggalan dari arwah nenek yang dedulu buat bekalan semasa ke Mekah menaiki kapal..Tinggi-tinggi sibunga lalang..tinggi lagi bekas sia kiter tau...hehehe

Hmm...hampir kesemua rembatan ni alkesah dapat dari Eis Antique.. rasa macam ada lagi je yang besau-besau tu eis..jap-jap kire duit..Eis!! bak mai satu lagi..

Tuesday, November 15, 2011

halwa mata

Selain PML....hobi lain alkesah ialah menanam pokok2 terutama pokok bunga...walaupun kekadang tangan ni `panas' tetapi minat ni tetap dibuat kerana alkesah cukup suka melihat hasil yang ditanam dan disemai...meh layan gambar2 pokok semasa berkunjung ke Sungai Buloh sebagai halwa mata alkesah kali ini.....
Cantikkk kaktus yang comel-comel ni kan.. kalau berkunjung ke cameron highland memang taksah kalau takbeli sepapan hehehe..Yang ni cara baru agaknya..kalau tak silap masa alkesah tanya harga untuk satu tiang yang mengandungi 5 pot bunga bersangkut dalam RM25. Hmm..benda baru masih mahal lagi kot..kalau beli sederet 7 macam ni...haishhh

Nah ini hasilnya..cantik kann..waduhh..dok mengira nih berapa tiang nak beli...

Ini paling alkesah suke dari dedulu lagi.. kayu lama rail keretapi dibuat tempat `penanggah' pokok..kire macam tiang pokok la tu..dah lama suke cenggini..pastu tepi die letak pasu besau dalam die letak pokok renek..cantik kan.. Hmm.. mane nak carik pasu besau2 murah ehh.. Orang kate kat Ipoh..alahaai..`dekat' sangattt..


Pokokbunga gantung ni pun alkesah suka suka suka..hehe.. Walaupun ada had `umur' ..... membeli di sungai buloh tak terasa la kot kalau setiap 3-4 bulan di tukar...

Cik Somi suke pokok yang besar2..katenya puas membeli..hmm..layannn..

Selain pokok-pokok hiasan tak sah rasenya kalau tak membeli juga pokok2 herba seperti pokok kari dan daun limau purut bagi menambah `taman herba' di belakang rumah..walaupun tak segah taman orang lain..hehe

Sekian untuk kali ini..

Thursday, November 10, 2011

namamu teratas

Arwah nenek selalu berpesan..seingat alkesah masa tu alkesah 8tahun..basuh cawan tu elok2 jangan digosok dengan penyental cukup sekadar span lembut..hmm..dalam hati alkesah kenapa ya..sambil membelek2 cawan bunga sabun..masa tu taktau pun name bunga sabun..

Berpuloh tahun berlalu kebetulan mencari set bunga kangkung buat adik ipar..terpandang cawan yang di panggil bunga sabun...ingatan kembali terjah ke zaman kanak-kanak.. Ooo inilah dier cawan bunga sabun kesukaan nenek dulu..lalu alkesah pun bertekad mengumpulnya..
Banyak set cawan yang alkesah dapat..lebih dari 2 dozen..puas rasenya..hmm..perlahan-lahan mencari teko, rezeki menyebelahi ke teko aladin. Sampai sekarang alkesah masih mencari teko bulat...

Sugarpot dan creamer yang paling kiter sayang.. penuh kesabaran mencarinya dan tiap kali terlepas sambaran alkesah memujuk diri..kalau ada rezeki tak kemana..

Piring kuih, mangkuk mungkum dan ada lagi alkesah tak siarkan. Berkat merisik kabar pada kengkawan di internet membuahkan hasil.. Terima kasih kepada semua..mungkin tak tersebut nanti alkesah kesemua nama takut ada yang tertinggal.. Jasa kalian alkesah hargai..
NAMAMU TERATAS.. itulah kata-kata yang alkesah dapat luahkan pada koleksi bunga sabun ini....paling indah pabila disulami dengan nostalgia lama.. Pada blog alkesah itulah gambar yang teratas dalam koleksi kesayangan alkesah mengatasi yang lain....


seindah hiasan mu

indah lagi nostalgia mu


terima kasih....datang lagi ya..