Wednesday, May 25, 2011

penawar rindu meakin sunflower 1

Penawar rindu nihh...waaaa..berkurun menunggu ni tau.. baru le mendapat.. ahakss..Adeehhh...tu la die berkat kesabaran beta..ahakss.. dapat le sudah.. 2 pulak tu.. Sejak beta menunggu sekian lama nye.. set warna diraja beta ini.. ahakss..berangan le pulak..Betul ni alkesah sudah tunggu bukan sepurnama...12 purnama tau ..kira-kira satu tahun arrr.... Meh tengok entry alkesah terdahulu.. kat sini. .. hehe.Bak kata Taj.. hanya perlukan masa dan kesabaran.. Terima kasih kepada Taj ye..kerana 12 purnama akak menunggu akhirnya dapat jugak. Berpeluh satu badan agaknya taj mengorek store die kat kampung.. Dulu Taj ada entry, alkesah terlepas first set. akhirnya dapat jugak ni..suker sukerAda 2 teko pulak tu.. tea dan coffee pot.. siap ada creamer setiap satu dan bekas gula berkongsi. Cawan coffee memang akak sudah ada, di tambah dengan beberapa bijik cawan tea yang diperolehi dari taj jugak. Alkesah dapat jugak lagi beberapa cawan coffee dari eis antique. Terima kasih ye..Terubat dah rindu anak-anak bertemu ibu-ibu die..hehe.. Senang hati alkesah.. Hmm.. nak cari mangkuk makan bubur dan mangkuk besau le pulak..ada ke? jap.. nak sms.. alamak off pulak henfon.. ishkk

Wednesday, May 18, 2011

jb teaset olde english countryside

Sejak ku bertemu padamu..amboi..nyanyi tak hengat nak wat kereje hahaha..Laa..sekali-sekala nak jugak menyanyi ye dak..menghiburkan diri sendirik..ye la dah kedengaran kawan baik alkesah nak kawen akhirnya..kite boh le lagu ni ahakss..Meh kite layan pulak teaset alkesah ni la ekk.. Dah lama dah dapat. Tima kacih kepada kawan alkesah yang sudi menyuntingnye untuk koleksi alkesah seterusnya. Susah jugak ni sebab kawan tu kene pos la bungkus la ishkk.. kalau alkesah tak rela..malas keje pos-pos ni..nak-nak pastu berderai. Alkesah tabib la pada orang yang suka buat perniagaan antik PML ni. Rajin dema bungkus-bungkus. Alkesah bungkus belacan boleh lee..Hari tu entri tureen gedabak..harini teaset le pulak. Alkesah ni memang suka sangat la teaset di gandingkan dengan sebijik tureen. Ye la kite kan orang melayu..suka wat mee goreng, nasi goreng, bihun goreng, bubur kacang, pengat pisang.. Bleh le kite bubuh kat tureen tu kan.Suker alkesah dengan sugarbowl die seakan-akan tureen kecik la gitu..Teko ni teko teh..udah le persegi bentuk die macam teko segi yang ramai orang kumpul, tapi hat ni segi 4.. Pendek je teko ni..Beginilah ruper sumernye..betul jugak le..nak carik mangkuk ayun le pulak kan.. Kang nak makan bubur nak taruk kat mane.. Kat side plate kang melimpah ruah.. Ade ke tah mengkuk ayun die..ishkkk...jap nak tefon jap..uihs..sms je la..layanzz

Thursday, May 12, 2011

set makan kelapa

Pernah dulu alkesah rasa tak menarik corak set ni.. ditambah dengan kepayahan hanya untuk mendapat sekeping saja. Tapi itulah die tarikan dari sekeping bermulalah episod pencarian. Permulaan yang agak panjang... sepanjang hampir setahun pencarian lebih tepat 10bulan (macam beranak anak gajah la pulak). Berkat kesabaran agaknya mencari, merisik dan menunggu..akhirnya dapat alkesah mengumpul sebanyak ni.
Dalam pencarian PML ni dalam pengalaman alkesah tak semua yang kite nak akan dapat dan selalunya yang kite tak mencari itu yang mendatang. Itulah hakikatnya dan name pun kalau ada rezeki tak kemana..Alkesah nak berterima kasih banyak-banyak kepada Ezany dan Taj yang sudi meluangkan masa menyelongkar, mencari dan mendapatkan PML ini untuk alkesah. Berbesar hati sesangat. Terima kasih lagi sekali ya kepada hero-hero PML kite ni !!
Sebijik tureen dan beberapa piring kuih yang dirembat dilorong-lorong karatz..rezeki tak terduga jugak ni.Di dalamnya kosong aje, cuma di badan ada corak yang sama.Piring mungkum seakan piring gulai alkesah dapat 12 biji. Kalau orang dedulu piring mungkum ni yang dibuat pinggan makan sebab lauk yang berkuah tak tumpah..betul tak?Keseluruhan set makan yang meriah sekali dengan beberapa keping piring kuih. Waduhh lambaian pokok kelapa yang tak tahan tu hehe..layanzz

Wednesday, May 11, 2011

Permudahkanlah, jangan menyusahkan

Menyambung cerita permintaan alkesah pada cik somi..bukan bermaksud menyusahkan die.. sedaya upaya taknak menyusahkan tapi kaler yang kurang menarik menjadi isu di sini..lalu meminta semula dengan baik adalah jalannya..kalau diperkenankan alhamdulillah kalau tak..terima aje la..itu pun dah seribu rahmat.. itu kata alkesah…
Amboi….bersyarah la pulak haa..alkesah ingin berkongsi petikan satu sabda Nabi SAW.


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu." ~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Dalam maksudnya kot ..alkesah pun taktau nak menghuraikannya tapi titik tolak dari kite jugak la kan. Alkesah ingin mengaitkan dengan dunia hobi PML alkesah ni. Ramai yang bertanya banyak betul alkesah dapat PML..sume condition baik ke? Maaf la tapi ini jawab alkesah. Kalau nak tip-top gi sogo la kot atau gedung-gedung yang menjual esklusif dan beli jenama Aynsley,Royal Albert, Narumi, Noritake dan seangkatan dengannya. Pehh…baru tip top..Nama pun PML…pinggan mangkuk lama.. Jadi terima je la seadanya. Dalam hal ini soaljawab perlu jelas. kalau tak puas hati seeloknya bertanyalah seikhlasnya supaya jelas dan terusterang alkesah pernah mendapat yang kurang elok tapi alkesah akan bertanya untuk kepuasan hati dan menerima seadanya atau pinta pengganti kalau dirasakan berpada. Dan walau apa pun keputusan yang kite telah buat..thats it. Jangan pandang belakang.. waduhh..citer hantu ke ni..hahaha.Itulah sifat manusia la kot..takpenah puas..termasuklah alkesah. Ini peringatan untuk diri sendiri jugak la ni.. Dalam hidup yang sementara ini, alkesah cuba memudahkan… dengan harapan Insyallah, semoga mudah jugak perjalanan hidup ini..tak gitu…aminn. Sekian coretan permudahkanlah, janganlah menyusahkan….peringatan buat diri sendiri..

Monday, May 9, 2011

lemari 5

Tak nak unguu !!! Laung alkesah kepada Cik Somi. `Sape suruh tido petang? Dah separuh cat dah!' herdik Cik Somi. Masih mamai alkesah kene marah..sambil garu kepala takgatai..`tadik kite lelap mata kejap je`..tak sangka pakatan kerja Cik Somi dan 2 anaklelaki cepat betul..Hehehe..padan muka alkesah..
Maaf ye...err..bleh tukar hijau tak?..amboi..sesuker je arah orang. Bukan mengarah tapi memnta..hehe..ok lah jap nak gi beli cat hijau pulak. Begitulah kesah lemari 5 alkesah ni. Dedulu kat kampung lemari ni diisikan buku-buku. Masa pindahrandah angkut barang tak perasan pulak lemari ni. Jadik kami balik sendirik angkut dengan MPV.Alkesah nak lari sedikit daripada kaler kayu yang biasa..hijau menjadi pilihan.. Cantik jugak ye. Cik Somi mengesyorkan putih didalam..ikut je..cantik jugak.. Dah la daripada antik bertukar vintage hehehe..Setahu alkesah lemari ni dari tahun 1970 lagi. Jadi memang lemari ni kukuh.Para atas dah diisi dengan PML..tinggal yang bawah2 tu kene isi pinggan mangkuk basahan. Ok la..asyik2 PML je..hehe.. Maka berdirilah disatu sudut didapur alkesah. Memang papan pelapik die kuat kerana kayu betul dan bukan kayu sambung. Hmm...dibawah ni lemari lauk yang ada kat kampung..Masih terfikir2 nak angkut ke tidak..hmm...mana mau letak..aiyaaa..

Friday, May 6, 2011

JB tureen olde english countryside

Duduk di bangku panjang ditaman sambil menikmati bunga-bunga (aka daun-daun) alkesah yang sugar-bugar tetiba teringatkan kampung laman. Dedulu arwah bapa suka menanam pokok bunga terutama bunga kertas. Semua kaler bunga ada yang di tut pun ada..cantik.Pepagi dah bangun menyiram bunga. Kalau pagi sabtu disuruh alkesah siram bunga...punye le liat hehe..ye la pepagi sabtu kan kartun banyak kat tv..aiyaaa.. Melihat tureen yang alkesah panggil gedabak ni mengingatkan nostalgia lama, walaupun kampung alkesah bukan le macam old english countryside tu tapi suasana kampung tu seakan menggamit kenangan silam..Corak tureen Johnson bros olde english countryside ni penuh diluar. Agaknya sebab tu dalamnya takde corak.Tengok corak countryside ni..rumah dipenuhi bungaan kan..best kan. Entah la naluri alkesah ni suka sangat suasana di kampung. Walaupun rumah dikampung dah kosong tapi bila ada kelapangan pasti alkesah balik sekurang-kurangnya menjenguk dari luar. Bak kata pepatah..tempat jatuh lagi dikenang..Sekeping platter bersegi sebagai pelapik tureen.Hmmm...tetiba rase nak balik kampung pulak...teringat putu beras basah...laksa kuala...ikan belanak asin...almari lauk kat rumah kampung...haaa...almari lauk?? (takde orang nak pun)...jom balik kampung !!

Wednesday, May 4, 2011

tembikar biru

Tembikar corak biru-putih dikatakan berasal dari Negeri China seawal Dinasti Yuan di abad ke 13 (Info Encik Googles). Banyak pembuatan semula dibuat berdasarkan kepada kombinasi warna ni hingga kini warna ini agak senonim dengan warna tiap tembikar cina yang dihasilkan.Terdapat corak dedaun dan bunga seperti kuntuman bunga kobis pada tembikar ini. Pembuatan tembikar ini di Thailand dan berusia dalam 20tahun lebih.Bekas tembikar ini agak besar dengan penutup yang agak berat.Pada Alkesah koleksi kebiruan macam ni tak jemu dipandang apatah lagi bile semuanya disusunatur bersama, sejuk mata memandang.. apa kata anda ?