Thursday, February 24, 2011

kekwa jepun bertemu china

Salam pada semua...alkesah nak kongsi pertemuan dua kekwa sejoli ahakss..
Uihsss dari jepun bertemu dengan si china...waduhhh..boleh faham ke bahasa dan budaya... Pertemuan yang tak dirancang membawa satu keluarga bahagia.. Masakan tidak ! Spesis dari bunga yang sama cuma keluaran berbeza..Set trio dengan cawannya yang ada bunga didalam. Memang ayu je di mata ni.. Sugarbowl yang berlekuk sedikit bentuknya dan ber rim kan keemasan dengan bunga dilingkaran mangkukCreamer kekwa jepun yang juga berbunga di lingkarannya.Alahai beribu tiri la pulak kan.. Boleh la buat sedara baru kite ni..heheBertemulah dorang di teratak alkesah dengan seribu satu kesah agaknya untuk dikongsikan. Mana dapat? Waduhh hunting merata tempat jugak dionline di blog Kak Aton, Ipoh.Thanks ye Kak Aton kerana platter berrim emas memang cantik banget.. layanzz

Monday, February 21, 2011

Tergugat imanku...

Alkesah nak berkongsi cerita masuk telinga kiri keluar telinga kanan ni..hehehe..
Seminggu dua ni dok mengekor cik abg mencari kereta untuk anak ulang alik ke tempat belajarnya. Waduhhh..tergugat iman alkesah ruper rupernya..mana taknya.... alahai susah rupernya ekkk.. asal hari minggu je menjengah Sunday market kat PJ old town yang femes tu.. letih wooo dibuatnya naik turun parking lot... Dua hari lepas dapat panggilan hangit dari satu kedai secondhand car di tepi MRR2..jadi gi la tengok nak cari wira ke punto ke untuk die. Alamak ada Cheyenne lee..uihss..
`Baru je letak ni kak, owner nak beli Audi Q7'..lagi beso katenya, itu ungkapan sipenjual kereta. Waduhh memang dari dulu alkesah `berangan le' nak keta ni (berangan yang takde maknanye)...hehe.. dengan lagak bagai nak membeli ape lagi test-test lagi siap bukak sana bukak sini..siap orang tu suh start engine..makkkkk aiiii..udah le terjatuh chentaaa...tolonggggg...nak cari keta sape ni sebeno nya.. cik abg pulak tersengeh die memang suke racun-racun alkesah ni.. tapi alkesah ni sedor diri tau...tahu diriku ini dimana..oo dimanaaa (nyanyi la pulak)...hukhukhuk..

`Udah le moh kite balik..sebelum meleleh ayiaq lioq ku ini' seruuuu alkesah sebelum imanku ini semakin tergugat... mujur tak terima pelawaan untuk test drive kalau tak confirm seminggu tak tido..

Dipendekkan cerita semalam cik abg pergi lagi dengan kawan die kat sunday market..udah le jumpe keta untuk anak cap V.. kite suh beli wira ke punto ke..lain pulak dibelinya.. gara-gara cik abg pulak kene racun dengan member die yang juga kaki kereta..hehe.. hmmm...dorang ni beli keta ikut citarasa dorang sebenonya.... Kata cik abg kalau anak taknak takpe die nak pakai, anak belikan yang lain...boleh !! adeeeehhh...sekian episod suka berangan alkesah kali ini..

Wednesday, February 16, 2011

bunga buttercup biru...

Salam pada pengunjung Alkesah, masih tak terlambat rasanya mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada umat Islam bersempena kelahiran Nabi yang jatuh pada 12 Rabiul Awal setiap tahun.. Bunga apakah ini? Jenuh la aida dok menyelinap ke mister google nak cari bunga jenis apakah??Hmm..pencarian berhenti...kot-kot ni namenya...hehehe.. bunga buttercup? macam mentega buttercup je ahakss.. Bunga butercup ni penah aida royal isingkan hehe..cantik cantik.. tapi ade ke berwarna biru dan `cyan' ?..Entah la..kire ok la ekk.Penutupnya pun berbunga yang sama..dengan bentuk teko ala-ala telur kaa?Cawannya juga bermotifkan dengan kuntuman yang sama..Teaset made in china ni rembatan dari Din dari Kafe Klasik Station.. cantik kan bebunga yang membiru seakan memanggil ke lautan biru..waaa..dah lama tak ke pantai.. ada pantai, ada laut ada pokok kelapa...rase nak menyelam-nyelam pulak. Tapi PD kan ada `tuuuuut' ? Alamak takut pulak..hmmm.. menyelam kat baldi air je la..hehe..atau entry pasal pokok kelapa bleh tak ??..layanzzz

Wednesday, February 9, 2011

Tanda-tanda anda menghadapi masalah...mental ?

Aduhai, apa plak ni hehe..nak bertukar angin pulak lee.. nak berhibur sedikit selepas berhempas pulas menganjur GA..hahaha...layanzzz..

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur............

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala...... ......................

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik....................

Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan. ...........................

Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat...... ...............................

Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat... ..........................

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit...... ......... ......... .............

Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan. .................................

Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda.........................................

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung..................................

Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat...... ......... ......................

Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit......................................

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing...................... ......

Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas.................

Kelimabelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH....... ......... ......... .HE...HE. ....HE... ...

Tuesday, February 8, 2011

Pemenang-pemenang GA Sulong Alkesah

Salam pada semua kengkawan baik yang baru atau yang sediaada.. Aida ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang menyertai GA Sulong Alkesah dengan penyertaan sebanyak 123 !!..Maaf tak berkesempatan rasenya mengucapkan terima kasih satu persatu..Alhamdulillah cabutan telahpun dibuat malam semalam oleh cik abang..dan tanpa membuang masa ini lah pemenang-pemenangnya..
Pemenang Kelima dimenangi oleh Puan Shas dengan entrinya http://shas-koleksiwarisanbonda.blogspot.com/2011/02/ga-aida.htmlPemenang Keempat dimenangi oleh Cik Ida dengan entrinya http://cikida89.blogspot.com/2011/02/ga-sulong-aida-al-kesah-sempena-cny.htmlPemenang Ketiga dimenangi oleh Encik Shah Izhar dengan entrinya http://shaizhar.blogspot.com/2011/02/737-contest-ga-sulong-sempena-cuti.html Pemenang Kedua dimenangi oleh Yang Baik (Salatul Zarida bt Ishak) dengan entrinya http://yangbaik-biz.blogspot.com/2011/02/ga-sulong-sempena-cuti-perayaan-cny-al.html Waaa yang ini dinamakan rezeki..Pemenang Pertama di menangi oleh Teratak Rohas dengan entrinya http://luvantiques.blogspot.com/2011/01/ga-sulong-aidabest-gilerrr.html Tuah ayam nampak dikaki..tuah kita tak siapa yang menduga kan.. Tahniah kepada Pemenang-Pemenang, keputusan adalah muktamad dan semoga pertandingan yang aida anjurkan ini tidak berhenti sampai disini saja. Insyallah kalau ada rezeki dan umur yang panjang kite bersua lagi di GA, GA aida masa hadapan. Jangan lupa selalu bertandang disini... jumpe lagi !!!

Monday, February 7, 2011

Calling ! Calling ! Peserta GA Sulong Aida

Salam pada semua !!... Haaa...ini adalah last calling calling pada peserta GA sulong aida yang berlangsung dari 31 Jan hingga 5 Feb yang lalu..
Masihkah ingat GA aida ni ? hehehe..wat suspen jer.. Terlebih dahulu aida minta maaf atas kelewatan sehari 2 pengumumam pemenang. Selepas tarikh tutup sabtu 5/2 yang lalu keesokan hari aida menyemak penyertaan kerana sambutan yang begitu memeranjatkan aida sendiri.. terima kasih ! terima kasih !.. Calling calling aida ni adalah bagi peserta yang masih belum email nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi. Bukan apa.. aida ni suka cepat-cepat jer.. lepas cabutan dibuat aida nak teruskan POSLAJU kan barangan tersebut. Jadi boleh kan?

Diatas sambutan yang pada aida cukup memeranjatkan aida sendiri..hehe.. aida dengan ini berbesar hati menambahkan 3 lagi hadiah yang takseberapanya, sebagai penghargaan aida pada semua kengkawan dan follower baru.. Semoga anda semua suka..

HADIAH TEMPAT KETIGA - Teko cina miniature beserta 1 mangkuk kecil berbunga ala vantage
HADIAH TEMPAT KEEMPAT DAN KELIMA - Teko kecil berbunga ala vantage berukuran 4.5inci tinggi setiap satu.
Seperti yang aida bagitahu tadi..aida ni suka prepare awal-awal jadi sudahlah siap bungkusan-bungkusannya..tunggu ya.. Malam ini insyallah CABUTAN BERTUAH akan dibuat oleh Cik Abg... Jadi, esok aida akan umumkan pemenang-pemenangnya.. tungguuu !!