Monday, January 31, 2011

GA sulong sempena cuti perayaan CNY

Salam pada pengunjung Alkesah..Cuti perayaan bermula dan pelbagai aktiviti pasti dirancang bersama keluarga..tak gitu. Sempena perayaan CNY ini aida ingin mengucapkan kepada chinese friends aida terutama classmates dan sifu kat ICCA..Mandy, Shirley, Lynette, Joyce, Vivian, Parri dll..hope you girls have a wonderful Chinese New Year..!!
Bersempena cuti perayaan kali ini aida ingin buat GA sulong (bermula sekarang sehingga sabtu ni 5hb Februari). GA ini adalah penghargaan kepada kengkawan yang sama-sama mencorakkan dunia PML dan semoga persahabatan aida dan kengkawan di alam maya dan realiti berpanjangan hendaknya. Okey ! Syarat-syarat penyertaan adalah :

(1) Mestilah jadi follower aida dulu ye ( Adil buat yang sediaada ).
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).

Boleh kan ? Jangan lupa email nama, contact no dan alamat ye di aida_sah2000@yahoo.com. Aida sediakan 2 hadiah untuk GA ini yang akan aida cabut undi pada hari ahad ini..harap kengkawan semua suka ye.. Selamat mencuba !!

HADIAH PERTAMA- set makan Indian Tree Wedgewood tureen beserta 5 mangkuk mungkum

HADIAH KEDUA- Sakura Chinese teaset untuk 6 beserta sekeping piring

Friday, January 28, 2011

cinta si arjuna...tureen lavender

Salam pengunjung al kesah... dah lama alkesah tak entri PML..bukan ape..takut jemu je..asyik-asyik pinggan..asyik-asyik mangkuk..hahaha..
Ye la koleksi alkesah pun tak seberapa..berbanding dengan orang yang dah lama berkecimpung dalam hobi PML ni.. apa pun alkesah bersyukur kerana `di kurniakan' dengan hobi yang mengasyikkan ( asyik kee.. ) dan kengkawan yang berinformasi PML dan sama-sama menolong alkesah mencapai idaman hati..waaa. panjang celoteh al kesah kali ini..ahakss..Tureen keluaran Johnson Bros kali ini mungkin bukan motif bunga lavender kot..alkesah je sesuka ati bagi name..hehe..rase secantik cinta arjuna..secantik lavender yang berkembang.. jadikan ku arjuna di hatimu..pehhh..Manisnya bunga lavender terasa indah..dan dikatakan antara spesis bunga yang mendamai dan menenangkan jiwa.. ( thanks to Encik Google )Lagi-lagi mokcik ni suker nyer interframe dengan entry...cantik kan serumpun lavender ni..Band of small flowers di sekeliling tureenHmm...alkesah kawankan dengan tureen bunga kecil sediaada..manisnya pabila bersama....lepas ni nak entri apa ye...rase nak buat GA la...tapi kukis raya tak gentel lagi..alamak...layanzz

Tuesday, January 25, 2011

sirih pinang

Salam di awal minggu..cari punye cari yang lain aida jumpe hehehe.. Alkesah aida menerima berita gumbira seoang sahabat yang akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.. jadi tetiba terasa nak entry mengenai perkahwinan orang dedulu.. taklah dedulu sangat rasenya sekitar 1970an. Aida minta izin ni daripada keluarga Makcik Yah kerana menayangkan gambar-gambar perkahwinan keluarga beliau, tak ketinggalan gambar beliau sendiri..Waduh tak mengalah.... . tinggi la budi nilainya bangsa..tinggi la sanggul dikepala...heheIni antara hantaran perkahwinan orang dedulu kan. Kalau tak silap aida hantaran orang Perak. Orang Perak memang terkenal dengan hantaran yang banyak terdiri daripada manisan. Manisan yang selalu di iringi seperti halwa betik, bauhulu, bangkit santan dan tak ketinggalan kuihmuih moden masa itu.Ini pula kek perkahwinan atau hantaran makcik Aida pada tahun 1960an..hmm begitu rapi gambar di ambil..Lagi satu kek hantaran penghujung 1960an..hantaran makcik Aida. Mungkin arwah mak aida yang buatnya..dedulu pun dah ada coklat M&M ke? besar pulak tu !Haaa..gambar ni paling best bagi peminat PML tak gitu..berderet pinggan-pinggan lama tu..adeehh...mana la pergi kan pinggan-pinggan tu sekarang.. layanzz (amboi cik abang ramos dikepala, pastu berseluar yenki..ahakss)

Monday, January 24, 2011

kerepek kerepek

Salam pada semua...kerepek! kerepek! Uihs aida nak promosi sikit ni..eh banyak ni..hahaha..Al kesah bertandang ke majlis kahwin adik kepada adik ipar di Tanjung Karang. Keluarga beliau memang terkenal dikampung dengan industri makanan ringan yang diusahakan bersama dengan orang-orang kampung. Waa anak tauke kerepek kawin jadi atas meja penuh la dengan segala macam kerepek. Bukan aida kenyang makan nasi minyak...perut kenyang makan kerepek anika rupa ! hehehe..Seronok melewati bahagian dalam kilang memproses makanan ringan ni. Ini adalah sarung siput gondang yang dah siap..mak aii..2 tong besar..memang sedap !Acuan yang aida rasa di reka sendiri untuk membuat karipap mini..hmm..kreatif kan.Tertera list makanan ringan yang diusahakan dengan harganya sekali..Meh aida bagi alamat tempat ni sebelum terlupa. Industri Makanan Istimewa, Lorong Berlian A, Kampung Parit Serong, Tanjung Karang. Telefon Puan Siti Zaroha 016-9289838.Yang ni tak jual..huhuhu..2 orang anak buah aida ni..Si Afi dan Si Alisya..selalu mencuri tumpuan keluarga dengan keletah mereka..heheAlamak, Cik Abg dah terpana dengan mesin uli tepung ni..adeehhh nak belikan untuk bini ke itewww....adussss...nak suruh bini jadi tokey kerepek ke pulak..Sebelum bertolak balik sempat bergambar dengan keluarga adik ipar dan ... aida yang mane? Alaa yang macam mokcik sepiah tuuu..lagi mau tanyaa....layanzz

Wednesday, January 19, 2011

missing u mom...tanpamu

Been missing you lately cant tell how much i love you..miss my mom... may her soul rest in peaceMy mom standing on the left side..think she's twelve at that time.. she's more like my sister when she's much younger.In 1947, she's the middle girl.
In 1948, think by now you can catch her feature. Girls's day out again..My parents first pict together in 1950.. not quite sure when they married. Hmm..think in 1948 or else that particular year.
With my eldest sister in the middle and my mom's sis-in law ( Ex thou.. )
In 1958, think on hari raya celebration. Chow for now..cant think much for words..so sorry..feel misery..hope it will gone sooner..love u all..

Monday, January 10, 2011

JB old english tureen.....sempurna

Salam...sempurna....itu terkeluar dari mulut dan kata hati aida dengan tureen old english ni..Memang tak dinafikan tak mudah memiliki tureen ini. Kalau dah rezeki dan keyakinan untuk memiliki..insyallah.. Sabar je la tak gitu.. Yang baik takkan datang bergolek.. antara kata hati aida. Bile di depan mata...baru aida mengiakan pemilikan walaupun pembayaran sudah dibuat.Sempurna..itulah aida rasa.. Mungkin tak seindah yang kengkawan rasa. Mungkin ada lagi lebih sempurna dan lebih cantik..itu sudah pasti. Tapi bagi aida..terlali sekejap melihat kelembutan pada tureen ini.Seperti kata lirik lagu...kau adalah jantungku, kau adalah hidupku,lengkapi diriku..kau bagiku sempurna.Sekeping oval platter old english juga sama-sama aida gandingkan untuk menyempurnakan kelembutan tureen ini juga beberapa mangkuk kecil yang boleh digunapakai bersama.. Meh kite makan bubur kacang !

Friday, January 7, 2011

erti persahabatan

Salam...Sebagaimana kita mengharapkan sebuah keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga disebaliknya. Seringkali kita alpa dan lupa akan hakikat itu. Kita cuma mengambilkira harapan dan perasaan kita. Kita mula rasa dikhianati bila seorang bergelar sahabat tidak menepati janjinya. Walhal kita yang menggelar diri kita sahabat sering terlupa betul tak ? Hahaha..oleh itu musabahah diri Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami.Jadi pada kengkawan yang mungkin sudah mempunyai sahabat atau masih mencari seorang yang boleh dipanggil sahabat, jadilah seorang sahabat dulu sebelum mencarinya..Cantik tak jambangan bunga ini ? Haha.. Inilah die hasilkerja seorang sahabat aida disaat aida memerlukan pertolongan. Bukan wang ringgit yang diukur tetapi prihatin, ingin menolong..juga cuba menolong yang aida kagum dengan sikap sahabat ini. Alkesah seorang saudara ingin membuat instant make-over rumahnya pada majlis perkahwinan anaknya. Aida diminta mengubah beberapa jambangan bunga hatta aida ni sering dikenali dikalangan keluarga sebagai `minah serbaboleh'. Ahakss..boleh ke? Mak aii dah lama tak pegang bunga-bunga ni..kursus dulu pun dah lupa pastu sikalang punye fesyen bunga canggih2..Seronoknya mempunyai seorang sahabat yang sanggup menolong last-last minute..haha..Kalau bagi kat Aida gubahnya alamat macam bunga cina tuuuuut...hehehe...Kepada sahabat aida tu..thanks a lot for being such a good friend and hope it will last forever..!! I owe u one.. !

Thursday, January 6, 2011

hunting lagi

Salam diminggu pertama tahun baru.. masih terasa lagi kehangatan malam tahun baru tup tup dah 6hb Januari 2011. Cepatkan.Aida nak berkongsi antara hunting aida kali ini di Kota, Rembau. Kedai yang aida panggil kedai Pak Habib. Empunyenya Pak Habib adalah kawan kepada kedai Yazid Taliban yang famous macam biskut famous amos tu haha... Jadi takheran la mereka sering bertukar barang sesama kedai.Lot kedainya yang baru dan luas memberi peluang kepada beliau untuk mengatur konsep dalaman kedainya..Teruja je tengok lampu-lampu kerosene yang tergantung. Kepada kengkawan, takkan terlepas pandang kedai ni. Dari jauh dah nampak deretan lampu-lampu tergantung.Harga? Boleh di bincang..sesuai dengan keantikkannya hehe.. Lampu kerosene antik tinggi lampai ni menarik perhatian aida..takpenah melihatnya..cukup cantik dan terselah keantikkannya.. Harga? Takjual katanya perlahan. Kalau jual pun nanti pengunjung kata harga aksi melampau..ribu riban gitu..ahakss.. takpe la Pak Habib..lain kali kite sit and slow talk.. ape-ape pun kita layanzz dulu.. Errr..Melaka dah dokat kan? Jom Cik Abang..

Wednesday, January 5, 2011

suamiku dengan awek cunnyer

Lihatlah dunia..lihatlah suamiku dengan awek..cun banget pulak tu..huhuhu
Terserempak dengan mereka disalah sebuah rumah di Sungai Buloh dan terus mengambil gambar bukti..ahakssHahaha berdosalah pulak aida ni..hehe.. Ya ampunnn...hehehehe..anak buah kecik kesayangan cik abang.. Dedulu masa kecik-kecik cukup susah nak dekati, dah besar sikit..melekat jerkk.Pernah menjadi `orang ketiga' antara kami..huhuhu.. Orang salam dengan paklong die dipagi raya..pastu kene salam dengan die..Tak berenggang dengan paklong die..hehe..Playgirl jugak ni..asyik tukar boifren..specially dengan anak bujang aida.Bukan nak kata kekadang mak die pun pening..asyik2 maklong. Amik gambo pun nak atas riba maklong hehe.. Okla tu tumpang sayang kan.. Die pun sikit lagi nak dapat adik dah. Siap cakap kat mak die. Takpe lah hantar Afi kat umah maklong..mama pun keje jerk biar maklong bela Afi.. Baru 4tahun you..dah pandai keci2 hati ni..hehe..layanzz

Monday, January 3, 2011

jb old castle.. ..dont know much

Salam pembuka tirai 2011 dengan seribu kenangan meninggalkan kita dan seribu harapan di tahun baru ini agar kehidupan bertambah baik dengan tidak dilupakan hobi lama dan kengkawan lama...takgitu..heheHarapan dan cita-cita setinggi gunung sekalipun takkan kesampaian tanpa usaha yang gigih.. Itulah azam yang aida ingin laksanakan bukan cuba laksanakan..semoga tahun baru memberi seribu ketabahan kepada aida juga kengkawan dalam mewarnai kehidupan yang kita mahu semoga apa jua yang akan kita laksanakan berjaya atau tidak..setidak-tidaknya telah kita ikhtiarkan.. Walau apa percaturan dan `outcome' yang akan kita dapat, hendaknya di tahun-tahun mendatang memberi lebih pengalaman agar tidak mudah mengalah. Tak cuba tak tahu tak gitu..Beralih kepada topik diatas..hehehe.. johnson bros old castle coffee set dalam warna biru yang aida rembat dari Encik Taj tahun lepas..hahaha..lamenya dah kan..tahun lepas..kiranya dah setahun la..Motif set ini adalah pemandangan beberapa istana lama di England seawal tahun 1792 lagi. Beberapa motif yang aida kenalpasti seperti diteko scenery Kidwelly Castle dipenutup,scenery Bolsover Castle in 1792 dibadan teko, motif di cawan dan piring motif castle Kenilworth in 1792, side plate 8inci pemandangan castle Chartsworth in 1792 dan sekeping platter 12inci dengan pemandangan Cambridge in 1792.Corak scenery di piringnya pemandangan Kenilworth in 1792 dengan bentuk piring seakan empat kelopak.Platter 12inci dengan scenery Cambridge in 1792 ini berbentuk seakan beralun jugak..hmm..pada aida cantik bentuknya.Inilah coffee set agak lengkap.. aida berharap dapat mengumpul set warna pink pulak..huhuhu..tapi kenapalah poket ini asyik-asyik bocor jeee...Taj ! tolonggg..