Thursday, December 1, 2011

nostalgia kek marble emak

Alkesah ingin berkongsi kek marble arwah mak yang famos di kalangan keluarga alkesah.
Kek Marble mak yang belang pink/kuning

Kek ni menjadi juadah kemestian di pagi raya. Dedulu tiap kali pulang beraya semasa arwah mak masih ada..aroma kek yang sedang dibakar masih terbau-bau di hidung alkesah ni...waduhh..
Di sini alkesah berkongsi step-by-step cara membuatnya..sempoi je sebenarnya. Setelah adunan siap di adun, sapu marjerin pada acuan letak selapis yang tidak diwarnakan. Dalam bekas lain warnakan sedikit adunan dengan warna merah
Setelah itu lapiskan dengan satu lapisan berwarna tadi dan ratakan atau ratakan mengikut bentuk acuan.
Sekali lagi ratakan dengan adunan plain didalam lengkungan lapisan pink tadi.
Dan ini hasilnya sebelum di bakar.
Kalau oven elektrik alkesah letak sekali 2 di para yang sama. Sebelum itu panaskan oven anggaran kepanasan bergantung kepada oven. Kalau oven macam ni yang ada kipas alkesah letak pada ketandaan 140.
Kek yang telah masak dibiarkan sebentar sebelum di terbalikkan dan diketuk keluar dari acuan.
Ini hasilnya..selalu alkesah buat dalam 20biji...bukan untuk dijual tetapi sebagai buah tangan kepada saudara yang berkunjung ke rumah dan ole-ole bila ke rumah yang lain..
layanzz..

nota kaki :
tak semestinya acuan cincin boleh aja ape2 bentuk acuan yang ada..

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...