Thursday, November 17, 2011

lama-lama jadi bukit

tinggi..tinggi lagi..lama-lama sampai siling rumah..waduhh..Dah suka nak buat camne..pantang jumpe..bekas sia yang boleh di mangga ni alkesah beli lagi dan lagi selagi ada bajet...


Di ceritakan dedulu sewaktu majlis kenduri kahwin...mangkuk2 sia berkunci ni akan di bawa oleh jiran-jiran ke rumah majlis. Berbagai bentuk buah tangan diberi oleh jiran-jiran termasuk garam dan gula. Di isi kedalam bekas sia-sia ni dan ditinggalkan di atas para di rumah majlis. Saat dipulangkan telah di isi tuan rumah pelbagai juadah dari majlis sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan. Begitu yang alkesah dengari..


Bekas sia cenonek yang paling kecil ini..paling alkesah suke..comel aje sebesar sebijik cawan
Lorekan pada bekas sia ni yang dapat alkesah kongsi.. Corak pada semua se akan sama..

Asalnya alkesah ada satu je peninggalan dari arwah nenek yang dedulu buat bekalan semasa ke Mekah menaiki kapal..Tinggi-tinggi sibunga lalang..tinggi lagi bekas sia kiter tau...hehehe

Hmm...hampir kesemua rembatan ni alkesah dapat dari Eis Antique.. rasa macam ada lagi je yang besau-besau tu eis..jap-jap kire duit..Eis!! bak mai satu lagi..

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...