Tuesday, November 8, 2011

juadah aidil adha

Alhamdulillah dapat menyiapkan juadah dan merayakan aidil adha tahun ini walaupun sibuk dengan beberapa agenda yang tak terduga. Rutin yang agak meletihkan sebulan ini semenjak abang kandung alkesah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital akibat dari jangkitan paru-paru maka bermulakan episod kejar mengejar masa..hmmm..

Meh tengok juadah sempoi yang kami sediakan walaupun tak sempat sebenarnya nak snap kesemua hidangan..Yang ni blueberi chiz tat dan puding caramel yang alkesah buat bersama anak-anak bujang..

Hidangan pagi raya beralaskan koleksi warisan keluarga pyrex lama Autumn Glory..memang koleksi pinggan mangkuk ni alkesah pakai dipagi raya..mengembalikan ingatan lama di kampung alkesah jugak di rumah arwah FIL..
Rendang ayam `main campak' tradisi keluarga alkesah memang takde resepi khusus diajar oleh arwah mak satu ketika dulu. Nasi impit, lemang ampang tiara (siapa yang tinggal di ampang takpenah rase rugi la..hehe), kuah kacang, kek tradisi keluarga kek marble dan kek kesukaan anak-anak, kek batik (dorang yang buat..alkesah sediakan resepi aje).

Wadduh hidangan tengahari istimewa disediakan oleh Cik Somi tersayang..maaf lupe nak snap..Nasi Arab..Ayam dan Daging bakar al-arabian nights, sayur kubis ala mamak, gulai kurma dan salad timun dan tomato.. Alaa tak sempat betul nak snap..lain kali cik somi buat lagi tu..die memang `chef' kat rumah..hehe..jangan jeless..

Akhirnya..eh..ini bukan hidangan... kucing yang bersantai diluar setelah ruang tamu dipenuhi adik-beradik alkesah..die pun carik port kat luar..memang la pasu bunga alkesah tempat feberet die..hmmm..ok layannzzz..

3 comments:

  1. raya aidil adha tahun ni... tiada yang istimewanya pada kami, satu keluarga demam... no lemang no kuah kacang or what ever... sob3

    ReplyDelete

Salam buat semua...