Monday, October 3, 2011

mencari kelainan

Untuk ke sekian kalinya alkesah menjejakkan kaki ke pulau mutiara... entah apa yang terpaut di hati tetapi itulah dia agenda keluarga alkesah terutama cuti perayaan hari raya aidil fitri. Sejak dahulu lagi kami adikberadik akan berkunjung ke pulau mutiara di hari raya kedua setelah seharian berhariraya bersama keluarga di Kuala Kangsar.Rutin in telah terhenti setelah rumah pusaka kosong 2 tahun lepas..tetapi alkesah masih meneruskannya bersama anakberanak.. Singgah alkesah kali ini mencari kelainan di sini terutama dilorong kulit. Hmmm mata menyelusup segenap kaki jalan jualan di situ... Ahh carik syiling la pulak !Entah apa yang dicarik mengais-ngais syiling persis sang ayam mencarik makanan dipagi hari..heheTerikan matahari memaksa alkesah berhenti untuk menikmati sarapan pagi yang belum pernah alkesah jumpe dimana-mana di malaysia ni.. (kalau kengkawan tau kat mana-mana bagitau ye). Haa ni lah dier Nasi Lemuni !! Berlaukkan ikan tongkol, telur rebus dan masak cili ikan talang masin..aduss..Perut kenyang alkesah meneruskan `perjalanan' di sekitar kawasan tu..terutama diluar dimana barang-barang yang `susah jumpe' selalunye menarik minat pengunjung di sini..Arrr lagi syiling..masa untuk mengais lagi....Cantik pulak gegelas comel lote..orait apek kasik bungkus !Oklah kiter berhenti rehat disini sambil menunggu giliran untuk sessi spa...layanzzz..

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...