Tuesday, October 25, 2011

jalinan rosemont

jalinan dedaun kecoklatan bertatahkan sekuntum ros dan kudup berwarna pink ni memang menikam kalbu ape tah lagi diabadikan pada porcelain seperti teaset ini. Sengaja alkesah menggelarkan jalinan rosemont kerana corak yang terjalin seperti lingkaran dedaun dengan sekuntum ros sebagai penyeri..
Teaset mirip yang sama pernah alkesah pertontonkan di entri terdahulu. Kuntuman ros yang sama cuma yang ini berlingkarkan warna grey berbanding peach yang dahulu. Pada alkesah sama cantik jer..
Cecawan yang menguntum dengan senyuman ros di pinggir mulut. Piring dengan dedaun kecoklatan dan berlingkarkan warna grey.
Cik pot yang menghidangkan tea tak sah rasanye kalau tak digandingkan dengan covered sugar bowl dan creamer.
8 biji piring kuih berukuran 7 inci ber rimkan emas ditepi. Sengaja alkesah melengkapkan teaset ni dengan 8pcs memandangkan keluarga alkesah yang memang besar dan sedari dulu kalau tetamu datang memang dalam 8orang atau 2 keluarga hehe..
Penutup teapot dan sugarpot yang sama pattern. Hmm.. alkesah kurang arif mengenai cop mohornya Noritake china Rosemont. Teaset yang terdahulu peninggalan arwah nenek bercop mohor RC Japan. Siapa yang arif mengenai cop mohor ini alkesah minta komen ya..
Teaset ini terdiri dari satu 12inci platter (buat isi meehun..hehe), sekeping 8inci piring kuih (isi kudapan la kot), 8 7inci piring kuih, 8set cawan/piring, cikpot, sugar dan creamer...lengkap untuk dihidangkan tetamu diwaktu petang..

Sekian episod teaset dari

Alkesah !!

jumpa lagi..

2 comments:

  1. salam kak aida..nak tanya..
    noritake rosemont nieh akak beli kat mana..sy teringin nak bel 1 set mcm akak..nieh yg baru ker lama punya design?

    ReplyDelete
  2. Salam Chempaqa..yg teaset pertama dulu peninggalan arwah nenek dibeli sekitar 50an. Yg ni noritake design lama jugak dari info online sekitar 1950-1956....kalau ada lagi berminat ke? email aida ye...:)

    ReplyDelete

Salam buat semua...