Monday, August 1, 2011

epal

Masih tak terlambat untuk Alkesah mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ye..Bersahur ape agaknya kengkawan semalam? Sudah menjadi tradisi keluarga alkesah bukan hanya menyambut hari raya tetapi juga menyambut puasa kami membuat rendang. Seingat alkesah tradisi tu dari arwah Opah di kampung lagi. Kalau dikampung lagi la meriah menyambut puasa..siap beli tikar baru untuk bersahur dan berbuka bersama keluarga. Tak ketinggalan pinggan baru dikeluarkan pada hari pertama berpuasa.. Itu tradisi keluarga alkesah la..hehe.. Alkesah ingin berkongsi dengan set makan dan teh dari jenama Royal Stafford England bermotifkan buah epal ini. Jangan terkejut pulak rembatan dari kedai antik yang selalu alkesah berkunjung..ahakss.. Memula dapat set minum selang beberapa minggu mendapat panggilan hangit lagi..ada set makan untuk 8 orang lagi.. Ape lagi memang dah jatuh chenta pada pandangan pertama set minum. Agaknya terlalu banyak motif bungaan yang jumpe..set epal ni sungguh menyegarkan mata alkesah hehe....Set trio cawan yang menyegarkan pada pandangan alkesah.. Cawannya yang segar bugar lagi...waaa..terliur la pulak.Gravy boat berserta underplate dier.Yang ni paling alkesah suker.. Mangkuk lonjong lasagna dan mangkuk lonjong pelbagai guna kot beserta 2 mangkuk kecil.Beginilah kesemua set minum dan makan epal ni termasuk jug susu, side plate, butter plate, cereal bowl..dll kesemuanya 84 keping.. Hmmm boleh la alkesah pakai set epal yang baru ni sebagai penyambung tradisi penggunaan set makan baru sebulan ramadan..aminnn...

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...