Thursday, May 12, 2011

set makan kelapa

Pernah dulu alkesah rasa tak menarik corak set ni.. ditambah dengan kepayahan hanya untuk mendapat sekeping saja. Tapi itulah die tarikan dari sekeping bermulalah episod pencarian. Permulaan yang agak panjang... sepanjang hampir setahun pencarian lebih tepat 10bulan (macam beranak anak gajah la pulak). Berkat kesabaran agaknya mencari, merisik dan menunggu..akhirnya dapat alkesah mengumpul sebanyak ni.
Dalam pencarian PML ni dalam pengalaman alkesah tak semua yang kite nak akan dapat dan selalunya yang kite tak mencari itu yang mendatang. Itulah hakikatnya dan name pun kalau ada rezeki tak kemana..Alkesah nak berterima kasih banyak-banyak kepada Ezany dan Taj yang sudi meluangkan masa menyelongkar, mencari dan mendapatkan PML ini untuk alkesah. Berbesar hati sesangat. Terima kasih lagi sekali ya kepada hero-hero PML kite ni !!
Sebijik tureen dan beberapa piring kuih yang dirembat dilorong-lorong karatz..rezeki tak terduga jugak ni.Di dalamnya kosong aje, cuma di badan ada corak yang sama.Piring mungkum seakan piring gulai alkesah dapat 12 biji. Kalau orang dedulu piring mungkum ni yang dibuat pinggan makan sebab lauk yang berkuah tak tumpah..betul tak?Keseluruhan set makan yang meriah sekali dengan beberapa keping piring kuih. Waduhh lambaian pokok kelapa yang tak tahan tu hehe..layanzz

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...