Wednesday, December 29, 2010

for sale !.. for sale !

Hai kengkawan..jualan aida hari ni....
Uisshhh takde maknanye...hehe.. tapi aida nak tau teaset ni keluaran mane ekk ? macam penah tengok..tapi dimana yaaa ?Waaa..bestnye kopitiam ni.. Eis !! wat camni la ekk... nanti pepetang akak gi lepak kat sane dulu pekene kopi secawan.. Tapi kedai eis pun dah glamour mamour kan kan..hehehe..Mai kopi secawan...my eldest son baru keje kat kopitiam ni..waaa.. bersungguh-sungguh.. kalah apekss..Bebudak teruja dengan barangan lama di sini...Adi ! tutup mulut ! kang masuk cicak. Alangkah bahagianye kalau tetiba turun dari langit itewww teko johnson bros..waduhh..berangan le lagi weiii..Oiii mokcik sepiah ni..shopping nampak ?? Ingat kedai bapak die ke.. Amboi siap masuk acuan lama lagi kat bakul pasar tu... aiyaaa takleh bawak jalan mokcik ni..Ibu tiri hanya cinta kepada ayahku sajaaa. pabila ayah tiada ku disiksa dan dinista...ahakss.. cian anak tiri ni dah le memasak siap menumbuk sambal lagi tu.. tapi mokcik ni glamour semacam jerkk..ada kaaa.. pakai kasut bling bling lagi dalam umah !Murid-murid bukak buku halaman pertama..kisah si tanggang.. oiii dont play-play aaaarrr... kasik rotan baru tau..Mokcik ni lagi !! baru jerk nampak memasak ! sompat lagi posing maut !! hehe.. alaaa mokcik dengan kengkawan die ajak main batu seremban. Sebelum tu posing mosing sebolah lambang lama tempat kerja dorang..ahakss. hehehehee.. apa ? tempat apakah ini ?? sape nak jawab.. !!! Eiss !!

Friday, December 24, 2010

braemar......wish you were here

salam semua..entri kali ini bertukar arah ke kelembutan sedikit..
Coffeeset yang comel lote keluaran royal albert ni dalam pattern Braemar. Patternnya terdiri daripada dedaun hijau halus seakan pokok pines juga beberapa biji `gold cones'. Mengikut laman web royal albert patterns bentuk cawan ini dikenali sebagai hampton. Dalam keseluruhan set ini berwarna pink. Lembut je dimata aida ni.Cik pot yang tinggi lampai juga creamer yang slim melim..hehe..Hmmm... aida pun rasa macam sayu je hati hari ini mengenangkan seorang kawan yang sedang dalam dilemma. Takpe la kawan. Tabahkan hatimu dalam apa jua permasalahan yang dihadapi. Jangan lari daripada masalah, hadapinya insyallah kita berjaya mengatasinya..Apa-apa pun aida hidangkan untuk santapan mata coffee set ini semoga kengkawan semua terhibur..layanzz..

Thursday, December 23, 2010

tembaga 3

Salam !!.. entri ketiga aida...alamak !!! babugii..mana mau pigi bawak itu tong !!.. Tirapa kalu babugi pigi isi susu juga.
Al kesah termentera la perjanjian dengan Cik Abg..Abg beli mama gilap ekkk..wokey tarak hal..jom rembat tong susu babugi benggali susu..ayoyo.. jangan pandang-pandang..jangan pegang-pegang..jangan segan-segan..kasik gosok jeee..kasik kilattt...nanti abang bertambah sayang..ahakss..Agaknya Eis Antique pun dah tak kenai barang tembaga die tak ? heheh..kira ok la tu kan..kilat jugak tong Eis tu daripada duduk atas lemari tak bergilap..hehe..Eis, masih ingat tak lagi acuan-acuan kuih ni di suatu waktu dahulu..berkarat kan..Hitam legam lagi..dah agak cantik kan..bleh kasik entri...tapi ya ampun..acuan ikan paling kanan bawah tu..beratt..mau 2kilo kot.. Mane tak cantik kuih bahulu bile di bakar dan tak hangus kan! Acuan tebal ya rabbi.Periok tembaga yang ni kira ok la daripada tak digosok hahaha.. the best i can do..adeehhh..tapi best la mengilap ni bak kata orang terapi minda..huhu.. Yang kat belakang tu acuan bauhulu.Inilah antara barang tembaga yang aida sempat gilap dan snap gambar. Ada lagi tapi huhuhu bagi gua rest tangan dulu..nak post hat lain pulak..kang terjelir lidah tengok entri aida tembaga tembaga tembaga..haha.. Itu tak masuk barang tembaga milik aida peninggalam arwah mak waduhh..boleh berpinau bijik mato ni mengilap..uihss...kita rehat dulu..babugi ! susu kambing satu !!

Wednesday, December 22, 2010

tembaga 2

Entri masih lagi berkisar kepada barangan tembaga rembatan juga daripada eis antique.. beberapa bekas yang aida tak reti nak sebutnya..huhuhu..tak pandaiii...
Seperti biasa jangan terpedaya kepada keceriaan dan kekilatan barang-barang tembaga ni..sebab semasa aida beli..adeehh..kaler tak macam ni tau. Dengan usaha gigih ( cewahhh ) aida dan anak-anak yang sama menolong..jadilah ia seperti yang dipertontonkan.Prosesnya bukan hanya mengilap aje..rendam dalam air asam jawa dulu beberapa hari baru hilang kesan kehitamanan yang lama..Ini kira oklah bagi aida..kilatan kali pertama boleh digunapakai untuk entri..ahakss.. Sebiji talam yang besar sangat aida suka..apatah lagi rege die yang berbaloi-baloi berbanding dengan dikedai antik termasyhur rege mencecah ribuan satu talam besar segini..Ok itu saja untuk entri barang tembaga..kite tunggu lagi episod seterusnya dalam tembaga 3. alamak !! tak gilap lagiiiii.....huhuhu...

Tuesday, December 21, 2010

tembaga 1

salam semua..adeehh..dok menggilap ngilap tembaga ni..huhuhu..tak abis-abis..
Nak main aumm cak dengan kengkawan ni hehe..sebelum dan selepas..dah macam iklan kat tv..ahakss.. Ni antara rembatan daripada eis antique. Memang aida banyak rembat barang tembaga daripada die tapi jangan terpedaya.. Yang dipaparkan disini before and after the polishing session..bermakna kalau nak yang betul2 kilat tu gi beli kat kodai tembaga betul la..hehe.. mau rajin la beb..Gambar di bawah ni tembaga yang pudar mudar (sesuka je sukatan bahasa melayu aida ni) ...hehe before the polishing..Taraaa after the polishing..adeehh tak abis lagi polish la beb tetiba autosol dah abis..dah 3 tiub finish..kira kilat la kan..nak kilatkan lagi ni..kilat sendirik dengan tangan lagi berhasil ! Guna mesen pengilap tak jadikk ! Penat beli je tak pakai pun... nanti sambung nak gi beli autosol lagi ni..woissshhh

Monday, December 20, 2010

tureen bunga....all my life

salam semua rakan-rakan di alam maya.. aida doakan semua sihat sejahtera dan menjalani kehidupan harian dengan senyuman dan ye..keikhlasan hati..Keikhlasan kita berkawan tak kira di alam mana sekali pun tak gitu..( uihsss banyaknye alam..ahakss ). Begitu jugak aida dan aida pasti rakan-rakan yang lain..mengenali satu sama lain di alam maya ini dan tak kira sudah bertemu atau sekadar chat di rangkaian laman-laman sembang.. Aida pasti keikhlasan kita berkawan itu yang penting tak gitu dan sekiranya ada kesempatan aida pun ingin sekali berjumpa dengan rakan-rakan bloggers terutama yang meminati antik..ye la..dah minatnye ke situ ye dak..heheTapi sekiranya setelah sekian lama aida di laman sembang2 masih tiada berkesempatan berjumpa aida memohon maaf mungkin kesibukan dan waktu yang begitu mencemburui menghalang kita dari mengenali lebih rapat. Ada beberapa rakan aida di alam maya yang mengatakan aida sedikit sombong tak pernah nak berjumpa..ooo bukan begitu..cuma kengkangan masa yang terlalu mencemburui ..hehe..Aida pasti satu hari kita akan bertemu jugak..hehe..siappppp... kekekeke.. alamak entri aida kali ini pasal tureen Johnson Bros yang dah agak lama di rembat..hehe.. cantik kan berbunga pink dan beronakan kehijauan daun-daun. All my life aida..mencari tureen berbunga-bunga cenggini..cantik kan..Jadi kita layan je la ehh..tureen sebiji yang aida gandingkan dengan beberapa platter jade untuk menaikkan seri rona hijaunya..ayu pulak..

Friday, December 17, 2010

johnson bros bunga lawang ?

Salam pengunjung alkesah..bunga lawang lagi ?? ishkk biar betul..Apakah..adakah bunga lawang yang dikenali dalam bahasa inggeris sebagai star anise begitu popular di england satu waktu dahulu ? Walaupun ramai pendagang dari india membawanya ke eropah sanggupkah porcelain england di beri nama sempena rempahratus dari asia ini ? waaa...meh kite kaji selidik..ape-ape pun kite layan je la koleksi terbaru aida keluaran johnson bros ini antara rembatan terbaru dari Encik Taj kite..yeLagi sekali sengaja aida posingkan dilaman rumah untuk memberi gambaran terperinci rupabentuk mukabumi..hehe.. porcelain yang aida rasa terserlah keayuan dan keantikkannya.Hmmm..rona-rona bunga lawang kelihatan di motifnye tak gitu..hehe..Maaf kalau aida tersalah mengenai pattern..main serkap jarang je..takpe takpe serkap serkap pun kot-kot dapat lagi kannn..Saksikan teaset for 4 dengan satu creamer berdiri tegak seolah-olah menikmati matahari terbit pagi..apa kata kite minum dulu..!

Wednesday, December 15, 2010

bunga lawang agaknya

Salam semua.. bunga lawang kah ini ? Alkesahnya hunting menghunting terjumpe set ini..rupawan pulak rasenya dengan kebiruan cyan yang menyilau mate..
Rasenya ada kat blog Yatt dalam entry terdahulu tapi tak jumpe la pulak..hehe.. Dengan cawan yang menyiku kuat beronakan biru cyan aida rasa terpesona la pulak.Si aladdin dan si sugarpot kebulatan. Maknanya kan..spesis ni ada kepelbagaian bentuk..bersiku, bulat dan mungkin banyak lagi bentuknya.Cop mohor hijau di belakang dan kalau kite lihat pada badan teko ada 5 bunga lawang la agaknya..Itulah antara koleksi china yang aida dapat.. nantikan episod seterusnya dalam rona-rona pinggan mangkuk lama..hehe...byee

Tuesday, December 14, 2010

pabila hunting season bermula

Salam semua..alkesah takde mood sebenarnya minggu ini... apa tah lagi ada kematian dalam keluarga jadi agak hilang semangat untuk berblogging.
Ahad pagi baru ni aida berkunjung ke KL Car Boot sale di taman tasik titiwangsa yang di anjurkan oleh DBKL. Aida kesana untuk mengambil barang dari Din blog Kafe Klasik Station. Barang dah lama aida book dan setelah diberitahu oleh Din mengenai Carboot sale aida mengambil keputusan berjumpa saja dengannya di sana sambil menjamu mata.
Memang benar barangan yang dijual pada hari itu tiada kat blog die seperti yang diwar-warkan. Jadi kalau rakan-rakan ingin melihatnya..aida rasa kunjungilah boot dia disana! Yang akan diadakan setiap hari sabtu dan ahad kalau tak salah aida.
Hmm.. apa aida rembat dari die? Beberapa barang yang aida order untuk arwah adik ipar yang baru meninggal dan juga barang aida. Walaupun adik ipar sudah meninggal aida masih bertekad untuk mencari PML seperti yang aida janjikan sebelum ini untuk die dan semoga anak-anak beliau akan meneruskan minat ibu mereka..Hunting aida seterusnya ke kedai taliban kat Pedas. Memang kami dah agak mesra masakan tidak !! Kunjungan saban minggu dan dari sana jugak kami perolehi `rete karun' kami yang pertama yang di idam-idamkan..hehe. Gambar Cik Abg dgn Yazid TalibanIsteri Yazid dan anak die yang manja sentiasa mesra dan menolong suaminya dikedai. Itu lah episod kali ini pabila hunting season bermula dan semoga tidak berakhir dan pencarian masih diteruskan..lets go !!

Friday, December 10, 2010

jb old mill brown

Salam pengunjung Alkesah....semoga riang ria disamping keluarga dan rakan taulan.. Masih berkisar kepada bunga-bunga walaupun paten ni takde bunga..hehe
Ikut suka hati je aida ni kan...entri pasal bunga la ape la tong la..ishkk.. ye la.. Kang jemu pulak. Modal bercerita ni kekadang timbul kekadang tenggelam macam sabut jugak tak gitu.. Tapi terus terang aida ni takpandai berkarya dalam menghalusi seni atur penulisan. Bukan bidang aida agaknya. Bidang aida ceburi berteraskan seni bina tapi bukanlah seorang arkitek hehe.. baaawah cikit. Kalau ada antara sahabat handai yang menceburi bidang ni mungkin agak faham kenapa muzik memainkan peranan penting dalam bidang ini..hehe. Kalau kat ofis kalau tak melalak bukan arkitek ofis la tu..hahaha. Dengan stress dalam design and work..muzik menjadi kawan dalam melakari setiap inci perincian kerja..haha..Jadi jangan marahkan aida suka memasukkan lagu-lagu dalam blog aida ni ekk.. aiyaaa sudah lari dari tajuk pulak aida ni..Bawaklah aida pergiii...terlintas di fikiran aida tatkala pertama kali melihat set johnson bros old mill dalam warna brown ini. Macam nak gi jerk tengok old mill yang sebenar macam gambaran pada set ni... Cukup teruja dengan pemandangan old mill yang brown ini walaupun aida juga mempunyai set warna pink dalam corak yang sama. Set old mill brown ni ada satu coffee pot siri mill jugak iaitu Mill Stream dan 2 teapot siri the old mill. Yang paling aida suka tureen die cantik dalamnya ada pattern jugak, aida gandingkan dengan 6 mangkuk kecil desert dan 4 mangkuk bubur bersegi. Ok la tu nanti ada rezeki bleh lagi rembat kat Encik Taj.. . Set ini aida dapat jugak 2 creamer dan 2 sugarbowl dengan 6 set cawan. Juga sekeping pinggan 10inci sebagai pengganti cake plate. Kenapa aida rembat byk sugar@creamer? Hahaha..kebetulan aida menjengah rumah Taj mengambil barang yang dipesan. Taj sedang mengatur oldmill dan katanya ada lebih yang `ditinggalkan'..apa lagi !! aida rembat la.. Banyak kali jugak kunjungan kerumah Taj..tapi awas !!.. hehe..rumah bujang !!..TAPI kelazzz gitu.. setiap kali kesana mestilah ditemani Cik Abg aida... Alaaa semua dah tau kan macamane rupe rumah die yang glamour tu kannn..hehe..(Jangan marah Tajjj)Saksikanlah set old mill aida ni yang gelisah menanti lagi suku sakatnya... alaaa..pinggan makan la pulak nak kumpul..errr...Taj, ada lagi tak? simpannnnn... bajet hujung tahun dopan..lambat lagi..adeehhh..layanzzz