Tuesday, November 30, 2010

Jejak kasih...Si Meakin Chatham 3 finale

Merangkap sessi chatham yang akan berakhir sebentar lagi..inilah finale siri chatham yang aida akan kongsikan bersama..Masih di awangan-awangan nama siri koleksi ini..hehe..mesti ada je huruf yang hilang gitu..timbul chath aje..chah je..ishkk.. tureen bulat ini jugak kelihatan dimamah usia dengan beberapa spotted didalamnya..Motif bungenya sama dengan yang lain-lain aida miliki cuma warna yang ini seakan-akan kebiruan berbanding yang lain kehijuan.Bentuknya yang bulat.Inilah finale siri chatham yang aida rasa susah lagi untuk mendapatkannya.. alhamdulillah sekian siri-siri chatham semoga anda semua boleh menikmati keunikannya yang tersendiri.. sekian dari aida untuk kali ini.

Thursday, November 25, 2010

trio jb anemone

Pengembaraan mencari PML menemukan aida dengan set trio ini...
Tak banyak yang aida dapat info mengenai motif Johnson Bros Anemone ini kecuali motif bunga anemone yang dipinjam dari Encik Google. Itu saje.Piring kuih berbiku dan ber `scallop' begitu juga cawannya.Usianya yang mungkin mencecah puluhan tahun dapat dilihat pada belakang set ini. Mungkinkah ada lagi set ini yang begitu sukar ditemui..hmm..apa kata kite cari lagi dan menemukan lagi set dalam corak ini..apa lagi..jom..hunting lagiii...

Monday, November 22, 2010

baru nak gi hunting

Pehhh...baru ingat nak gi hunting for real..tetiba on the road...tayar malatop !!Mujurlah tergerak hati nak bawak hero-hero kat umah tu..kira ok lah dorang pun bleh belajar tukar tayar..hehe.. takpenah aida dan hubby kene camnie..dahlah baru 2minggu tukar tayar baru...dugaan betul....Dapatlah dorang belajar how to handle in this situation..kene bukak dulu tayar lama weii.. Pastu kene bukak tayar spare kat belakang...menguji kesabaran betui..!!Mamat ni tolong tengok je hehe..tolong tengok kot-kot adoo lori nak masuk lane kecemasan ni..bagi signal..ketepi ! ketepi !..atau...abahhh !! mama !!! lariiiiii...Anak aida ketiga ni, nama Arif, dia yang minat barang2 antik ni..dalam hati die sampai ke kite ke destinasi ni mama !!wokey, semua ready ape lagi...jommmm....Babehh, im gonna leave you..ahakss..lets go huntingggg..

Friday, November 19, 2010

Acuan antik 1

Salam jumaat, alahai raya aidil adha dah lepas aida baru jumpe acu-acu ni..ahakss...alasan..alasan..Raya dah berlalu teringat acuan-acuan ni terselit dimerata tempat..mane ekk letak ? adeehhh..takjumpe...hajat nak guna. Haaaa...reti ke? Err takreti..Acuan ni `dikuatiri' acu putu kacang. Ye ke? Takkan besar sangat..Ishkk ada kaa..tanya pada kakak aida..a'a die kata putu kacang..ada ke orang makan beso ni? ada kot..hehe.. Aida rasa macam acu putu jawa..putu jawa yang macam putu jawa tu..alaa..aida takreti nak describe..takreti..tapi penah makan.Yang ni sah-sah acuan putu kacang hijau..hehehe..mana tak ingatnye..dedulu mase kecik-kecik duduk la kami adikberadik keliling periuk besau yang berisi putu kacang yang dah siap di bancuh. Hmm.. ingat lagi kami gi ke rumah jiran yang ada kayu penumbuk putu menggunakan kaki..jenuh la satu hari dibulan puasa menumbuk. Dah siap malam kene isi kat acuan. Kalau takpadat.. berderai la jawabnya.. kene marah dengan mak bonda. Esok pepagi kene jemur pulak atas atap. Tapi yang bestnya semasa proses memadat dalam acuan, sebahagian besau putu yang diketuk dimasukkan kemulut dahulu..Ok pe !! testing testing..Yang ni acuan kuih buah kana.. haaa..sedap ni jugak.. takramai yang buat sekarang ni kan..alaaa..kuih buah kana yang dah masak di sapu jem tangkup dua..hehe..jadi lah buah kana..Inilah sebahagian acuan-acuan kayu lama yang aida sempat rembat kat kampung..Hmmm..aida dapat sebab..takde orang nak!! Ha ha sume adikberadik takminat buat kuihmuih ni kecuali aida sorang dalam keluarga..ahakss.. Takpe takpe dapat pahala tu..kekekeke..itu saja entry kali ini cau cin cau..aida nak gi hunting lagi kat kampung ni... tunggu episod seterusnya..

Tuesday, November 16, 2010

anggur biru

Sehari sebelum kita di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, aida ingin berkongsi mata sebuah tureen yang sudah lama aida idamkan..tetapi tak tercapai akal aida rasa untuk memilikinya...
Memang dah lama teringin sebuah tureen biru untuk aida gandingkan dengan koleksi blue tiffin. Akhirnya dapat jugak aida memilikinya rembatan dari seorang kawan..dengan perasaan bercampur baur antara suka dan duka..ahakss..
Suka kerana gembira memilikinya..duka kerana bajet lari dan lari dan lari lagi..ahakss...adeehh inikah yang dikatakan pengumpul tegar? Entah lah..tegar ke bila acapkali nak beli Cik Somi sokong 200% dia lagi tegar kot..ekekekeke..Tureen Johnson Bros circa 1913 pattern Warwick ni bermotifkan bunga dan daun buah anggur..aida namakan anggur biru..hehe..suka ati je bagi name..omputeh dok penat-penat bagi name warwick. Aida bagi name anggur biru..waaa.. tanam anggur mau ke hidup dibelakang rumah ekk..Tureen oval biru ini memang sedap je mate memandang..jadi ape kata kite pandang-pandang jeling-jeling kot-kot esok dapat lagi..ahakss..sape yang tegar niiiii....!!Di kesempatan ini aida dan keluarga ingin mengucapkan pada semua kengkawan yang beragama Islam..Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Maaf Zahir dan Batin ye..!

Friday, November 12, 2010

bertandang

Salam pengunjung AlKesah..kisah aida hari ini bertandang ke rumah morten di Melaka jugak kerumah saudara di Melaka... maklumlah mood Raya datang lagi...jadi nak entry pasal raye la pulak takgitu..Jemput minum !! Itulah hidangan di kampung morten kite hari ini dengan kuih bakar simen, baulu simen dan kuih bakar simen..heheh..air kopi boleh..air labu pun boleh..Ini dirumah saudara di Alor Gajah, Melaka..sejuk je rumah segini kan.. Memang impian aida sejak azali lagi..hehe..duduk dirumah kampung segini..taktau kenapa..tapi memang suke sesangat..Ini gambar yang sempat aida snap di kampung morten tu..tak ingat rumah mane..tapi yang pasti rumah penghulu takde orang..balik kampung agaknyeKerje aida takde lain..dok mengintai je tak abis-abis..mujurlah takde orang perasan..kalau tak..tak ke haru...malu..kekekeke..Uihss tureen JB Irene..Kan ke cantik lemari lame dibuat segini kann..Tutup dengan mengkuang..pastu taknampak makanan dah basi ke tidaknye..hehehe..Uihss yang ni paling taktahan..acu kuih sepit!(macam pandai buat) ..acu kuihgoyang..(haaa..yang ni aida terer merer).. baulu..(uihss.jenuh la pukul..beli siap ajo)..acu putu piring (uihs sah-sah takreti buat 5keping 2hengget kat kedai.beli je la)..lagi dua acu kayu kat belakang tu acu ape ekk..nak kate putu kacang beso bebeno..sapa tau ?? kasik cerita sikit...

Wednesday, November 10, 2010

gula-gula antik

Salam bahagia..hahaha..bahagia kee..alhamdulillah kan kite masih diberi rezeki oleh Nya dan kekuatan untuk kite meneruskan hidup di dunia sementara ini. Doa aida setiap kali ..semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam beribadat..aminn..
Aida ingin berkongsi dengan semua gula-gula yang pada aida sudah lama tak nampak lagi dibuat di kenduri kahwin masa kini. Gula-gula ni aida jumpe semasa kenduri kawin sedara di putrajaya tetapi dibawa dari Air Hitam, Johor. Waa..terus aida mengimbas kembali semasa kecik2 dapat ni semasa kenduri kawin mak-mak saudara di Perak..
Cantik kan !! Masih ada lagi rupenya orang buat segini.. Taktau la kot-kot memang ada lagi, aida je takpenah jumpe..hehe.. ada ke ??
Nak difikirkan kenapa la takde lagi orang buat kan..yang ada sekarang diletak dalam karung kain kaler-kaler tu dan dibungkus. Nak senang kot..lagi pun kang dapat kat budak2 segini dorang rentap je gula-gula pastu buang..hmmm..membazir pulak kan..tapi cantik la..nanti kalau anak aida nak kawin..nak buat la segini..eerrr..haluuu..ade sape-sape nak buat ?? aida nak tempah siap-siap !!!...Uihsss makbonda berangan lagi...

Tuesday, November 9, 2010

Jejak kasih...Si Meakin Chatham 2

Salam pada semua...jejak kasih Chatham aida menapak lagi dan kali ini kite ke Kompleks Muzium Stadthuys, Bandaraya Melaka yang bersebelah dengan Bukit St Paul.
Di antara deretan pinggan mangkuk lama porcelain terletak lah sekeping mangkuk platter bujur Chatham yang agak besar dalam 18inci...hmmm...

Antara koleksi lain yang terdapat disitu, mungkin meakin jugak ni..
Sebuah lemari `dutch' seakan milik aida berada didalam muzium ini..hmmm....taknak cakap banyak..kite jamu mata je lah..layanzz

Thursday, November 4, 2010

Jejak kasih...Si Meakin Chatham

Salam pada semua dikala warga malaysia bersiap-siap dengan perayaan jugak tak ketinggalan majis2 kahwin sempena cuti 3hari bermula esok..aida paparkan tatapan mata entry jejak kasih aida si meakin chatham..
Seingat aida sebijik mangkuk dan 2 keping pinggan Meakin Chatham ini berada di dalam simpanan nenek sejak aida kecik2 lagi..taktau la mane lagi anakberanak die..sampaikan nama Chatham pun aida was-was..samada chatham atau chatnam. Tinggallah 3beranak ini dirumah aida tanpa satu pun aida tau dari mane asalnya sehingga pada satu hari kunjungan aida ke Muzium Melaka (muzium atas bukit warna merah tu) menghampirkan pencarian aida pada suku-sakatnya. Di muzium tersebut ada sekeping platter bujur berukuran agak besar 20inci.. waaa...hampir saja aida menjerit...Dengan pertolongan kawan kite siapa lagi kalau bukan Encik Taj menolong aida menemukan suku sakat anakberanaknya mungkin 3beranak aida tu tinggal 3beranak.. Setelah yakin betul, sama spesis.. Encik Taj membawa kepada aida suku-sakatnya yang lain..Bertemulah si tureen, si gravy boat dan si oval platter. Terharu aida dibuatnya seperti rancangan Jejak Kasih kat tv tu..hehe..Terbelek-belek aida menatap dan merasai `talian persaudaraan ini'..amboi..mane taknyee takpenah tengok suku sakatnye !!.. Tureen yang beralun seperti satu persembahan bagi aida untuk mengulitnya dengan penuh rasa kasihsayang..hehehe..Sebiji gravy boat with underplater yang agak usang dapat aida rasainya apatah lagi info yang aida perolehi pengeluaran J&G Meakin chatham ini seawal tahu 1906an lagi..hmm..Bertemulah mereka seakan menikmati hari-hari tua mereka..hehe..ye la dah lame kan tak jumpa..100tahun?

Tuesday, November 2, 2010

Wedgewood Indian Tree

Salam pada semua...setelah kemelut hari isnin berlalu..hari selasa menjanjikan keceriaan baru... haaaa... aida nak berkongsi dengan wedgewood indian tree !
Daripada sumber di internet corak Indian Tree ini yang banyak di keluarkan seawal kurun ke 19 dikatakan berasal daripada corak textile Indian. Coraknya bertemakan dahan pohon yang membengkok dengan berbagai bunga dan dedaun yang luarbiasa dengan sejalur emas `band’ disekeliling corak. Corak Indian Tree ini dikatakan paling popular dikalangan pekerja mahir di Coalport China dan dikatakan pertama kali direkabentuk di kilang Coalport China pada tahun 1801,tetapi hanya lewat 1820an diketengahkan.Walaupun begitu kesahihan corak asalnya masih samar. Ada juga dakwaan mengatakan corak daripada sekeping kain sutera askar `Shropshire’ (tidak diketahui asal usulnya).Ironiknya corak Indian Tree yang berunsurkan `earthy design’ ini, masih diminati ramai dengan peminatnya yang tersendiri.Set yang mengandungi sebiji covered vegetable bowl dan 5 keping mangkuk mungkum aida perolehi daripada Nora, Baranguk dengan harga yang berbaloi-baloi. Walaupun seconded tapi set ini masih dalam keadaan baik tanpa cacat celanya.. Terima kasih kepada Nora ye..!Saksikanlah serba sedikit set Indian Tree ini diharap info yang tertera di atas dapat memberi sedikit gambaran tentang corak ini dan jikalau ada komen dan info yang lebih mengenainya aida ingin mendengar dari pembaca semua... wassalam..

Monday, November 1, 2010

masih adakah lagi..

Salam di hari Isnin pada semua yang masih mencari-cari sesuatu yang pastinya..di hari isnin yang kite sume gelar Monday Blue.. hmmmm.. sejauh mane kebenarannya... gambar-gambar yang dipaparkan disini tiada kene mengena dengan `Monday Blue' kite hari ini sekadar berkongsi dengan semua gambaran yang aida `capture' sewaktu bercuti sambil merihatkan minda di utara tahanair..sudah pasti destinasi `Mesti' aida di Lorong Kulit.Apakah ini? Macam beca jual roti agaknya..menarik pada pandangan dan terkenang semasa kecik2 beca roti sebegini menjual roti dengan sapuan sekaya yang masih panas..hmmmDeretan kedai ini yang pernah aida `capture' didalam perjalanan menuju ke Lorong Kulit.. tetapi sekarang sudah tiada... Di hoarding sekelilingnya sudah pasti pembangunan baru sedang berjalan hebat.. hmmmRadio lama dan barang2 lama di sekitar lorong kulit.. Bagi yang dah biasa berkunjung disini..sudah pasti arif kedai ini dimana kedudukannya... heheAntara barangan yang dijual..cantik kan talam ni..Ah So penjual barangan antik.. kalau yang harga RM300 keatas..takboleh pegang tapi boleh tengok je..Dah beli..baru dibenarkan pegang...hmmmmm.. tapi aida rembat jugak satu dua barang dengan die..Antara penjual dan pembeli barang antik..hehe.. mangkuk tingkat dalam ape jenis atau kategori tak kira ayan atau porcelain tetap menarik minat aida..hmmm..Gambar di sebuah kopitiam yang `famous' di Kuala Kangsar..Yuk Loy.. Kuih pau dia dikatakan lebih sedap daripada Yik Mun, Tanjung Malim.. Bagi aida memang betul..kene cuba baru tau..hehe.. Hmmm..jadi masih adakah lagi gambaran-gambaran dan suasana yang kite rasai hari ini akan dapat dirasai oleh anakcucu kite.. atau akan habis ditelan masa dan zaman dengan kehebatan pembangunan masakini..Hmmmm sama-samakanlah kite renungkan.. Apa-apa pun artikel aida ini tidak ada kene mengena dengan ape juga pembangunan yang berlaku disekitar kite sekadar berkongsi rasa dan pandangan..wassalam