Monday, September 27, 2010

bling bling pelita lilin

Salam keceriaan pada semua seperti cerianya Al-kesah mendapat pelita lilin ini..
Cantik tak? waaa aida dah suka tetapi taktau la sejauh mane keantikannya tapi cantik je di mata aida ni..tolong kengkawan komen ye..hehe..Sepasang tinggi lampai dikatakan tempat letak lilin atau boleh aja dibuat di bawah tempat lilin tu diletak sebiji mentol dan talinya ditarik menerusi lubang tengah hingga ke bawah menurut penjual barangan lama di lorong kulit.. Hmmm..nak kene skodeng jugak la kan..Badannya daripada tembaga agak usang boleh digilap-gilap kot..hehe...tunggu masa yang sesuai untuk digilapSi hijau pelita berlapis dua comel aja kan... Kalau agaknya bling-bling pada tempat lilin aida tukar dengan bling-bling merah ke...cantik tak? hahaha..nak cuba ni...kot2 nampak kelainan.Aida kawankan dengan pelita lain dirumah yang sebelah kanan sidebab tanpa penutup kaca diatas dan dikatakan adalah berbentuk sama dengan sihijau.. sebelah kiri pelita lampu jugak..

Wednesday, September 8, 2010

Erti Aidil Fitri di hati kami..

Salam di akhir ramadan....doa kita pada umat islam yang terdahulu meninggalkan kite... semoga roh mereka di cucuri rahmat..aminnMenjadi tradisi bagi aida sekeluarga menjelang ramadan dan raya untuk menziarahi pusara orang-orang tua suami dan aida..itulah sahaja yang kita dapat buat selagi hayat masih ada..semoga tradisi ini dapat kite pupuk kepada anak-anak kite demi mencari satu keinsafan dalam setiap jiwa anak-anak ini.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua saudara mara, sahabat handal juga kawan-kawan. Semoga aidil fitri kali ini dapat mengeratkan lagi siratulrahim yang sedia ada..amin

Thursday, September 2, 2010

Trade & barter di dunia antik aida

Salam pada semua...ramadan bakal melabuhkan tirainya dan kite akan meraikan aidil fitri setelah mengerjakan ibadah puasa..... Itulah kepuasan kite untuk meraikan bersama keluarga dan tiada lagi yang lebih indah untuk menikmati sarapan bersama-sama keluarga dipagi hari raya... Intro daripada aida sebenarnya terbawak-bawak memori nak beraya sebenarya..hehe..tapi tak kisah la tu kan..Trade & barter itu lah yang selalu kite buat untuk mendapatkan suatu barang yang dihajati.. Aida baru dalam trade & barter dunia antik ni..jadi..tak berapa nak faham tapi perlahan-lahan aida cuma memahaminya. Faktor kepuasan pada pihak yang memberi dan menerima memang lah di ambil kira.Bagi Aida lah yang penting bukan pada barang yang nak ditrade/barter. Tapi keikhlasan kite untuk berbarter dan yang menakjubkan...hubungan siratulrahim yang dibina atas dasar keikhlasan itu. Beberapa barang yang pernah aida dapat dalam T&B ini seperti di gambar-gambar. Terima kasih yang tak terhingga kepada beberapa individu yang sudi T&B dgn aida seperti KakNor64, Encik Taj, Shas jugak KakChah. Juga kepada beberapa individu yang ingin berbarter dengan aida tetapi tiada lagi barang dalam simpanan aida.. Insyallah kalau aida dapat lagi aida akan ingat ye..Itulah dia.... yang paling seronok pabila mendapat lebih daripada barang T&B..hahahaha.... Di sini lagi sekali aida mengucapkan terima kasih pada semua..dan maafkan aida sekiranya ada kesalahan disepanjang T&B ini...dipanjangkan juga kepada kawan-kawan di dunia antik aida ni jikalau ada terkasar bahasa...terguris hati... aida minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..diharap siratulrahim ini akan berkekalan walaupun bukan hanya di dunia antik sahaja.. aminnn...

Wednesday, September 1, 2010

nostalgia kudapan antik 2

Masih lagi dibulan Ramadan...nostalgia kudapan antik kali ini roti kukus santan.Setiap kali ramadan mak aida menyediakan roti kukus ini..taktau la kenapa tapi cuma dibuat pada ramadan sahaja... Dan setiap kali ramadan sahaja terliur aida nak makan makanan ini..hehehe
Buatnye tak susah..blend sekali santan (nak senang santan kotak), daun pandan dan gula.
Atur roti dan buah kurma dalam bekas dan tuang santan blend tadi..ahakss..senang kan!
Dah pastikan roti dibasahi dengan santan hijau...masukkan dalam kukusan agak2 dalam 20 minit..
Inilah hasilnya..walla...sedap..tapi tu la terliur dibulan puasa sahaja..kenapa ekk..