Wednesday, August 25, 2010

sehati lain jiwa

Salam pada semua..sehati lain jiwa tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati..hehehe.. sengaja membuka bicara sehati lain jiwa pada koleksi aida kali ini... Sweet aje piring kuih keluaran J&G Meakin Duosol ni kan.. bunga kecil-kecil seakan bunga hydrangea di tengah piring dan di kelilingi satu rantaian bunga-bungaan kecil..
Sekeping platter berukuran dalam 12.5inci bermohor Minton of England, aida gandingkan bersama. Platter yang bermotifkan sejambangan bunga dipercayai circa 1793, satu-satunya siri Minton of England ni yang aida dapat dari keluarga. Itupun tersorok dibawah gerobok lama di dapur..Terkumpullah set ini yang aida gelar sehati lain jiwa.. Coffeepot set yang comel dari J&G Meakin pattern Jade ini aida gandingkan dengan platter dan piring kuih yang seakan-akan sama utuk memberi kemeriahan dan bak kata orang sama je warna..sehati la tu.. tapi jiwanya tak sama..hahahaha...

Tuesday, August 24, 2010

love of my life si kuning cair

si kuning cair menjadi faberet cik somi yang ingin mengimbas kenangan lama bersama keluarga nenek dikampung..salam pada tetamu alkesah kali ini..Cik somi dibesarkan berselangseli antara keluarganya di kuala lumpur dan keluarga neneknya di kuantan..Banyak yang menjadi kenangan lamanya antaranya pinggan mangkuklama. Sementelaah rumah nenek terbakar jadi tiada satu pun yang tinggal untuk cik somi jadikan kenangan.. Dalam pada tu, susah bertemu warna kuning cair keluaran Sunshine J&G Meakin ini yang menjadi faberet kepada cik somi. Memula dapatlah beberapa platter besar boleh lah untuk menghidang kudapan.. itu saja! Masih tak berputus asa..aida mencari lagi kengkawannya.. dan akhirnya ini yang dikatakan jodoh tak gitu..
Dari sumber-sumber yang aida dapat... memang terdapat set warna kuning pekat..tetapi cik somi suka warna kuning cair ni.. Aida berhasil jugak mendapatkan sebijik tureen sepadan.. alhamdulillah menjadi penyeri pada set ini..Tiada yang lebih indah..bila dapat satu set sebegini yang aida gelarnya Love Of My Life Sikuning Cair sempena lagu kegemaran cik somi... Indah kerana bukan hanya kerana memperolehinya tetapi kenangan yang ingin kita ingati disebaliknya yang akan menjadi nostalgia dan kenangan kita susuri disepanjang hidup kita yang sementara ini...

Monday, August 23, 2010

"matahariku"

Berjuta warna pelangi di dalam hati, sejenak luluh bergeming menjauh pergi...Salam dari Al kesah dan kesah yang aida akan kongsikan mengenai koleksi "matahariku"
Susunatur bunga berselang warna pink dan kuning dengan rim `emas berterabur'..istilah aida bagi untuk set Sunshine J&G Meikin. Terjahan mata aida yang menggemari warna-wana lembut menyinggah pada satu sudut di kedai antik...ternampak dinnerset warna keemasan ini di dalamnya. Bertanya aida pada pemilik kedai yang aida suka kunjungi saban minggu...`sudah di booking'..ringkas sahaja jawapannya mengiringi senyuman lebar di wajah pemilik kedai. Hampa itu kata hati aida.. wajah sugul aida agaknya menarik perhatian pemilik kedai.. `Takpe nanti saya carikan lagi kalau puan berminat'..
Seakan orang mengantuk disorongkan bantal..aida melemparkan senyuman yang seakan memberi semangat baru dalam diri ini...ahaksss.. Tapi...tak senang ye kawan-kawan. Mungkin ramai yang dah pun memiliki set ni tapi aida baru terkial-kial..Kunjungan aida lagi diminggu berikutnya menampakkan hasil pabila dapat merembat 3 pinggan makan dan 4 pinggan mungkum berserta tureen. Tak ada penutup tetap cantik dimata aida.. takpe la kan..aida gandingkan dengan set lain yang aida ada.
Masih sabar menanti akhirnya selepas beberapa bulan menunggu..pemilik kedai menghantar pesanan ringkas meminta aida mengambil lagi beberapa keping.. Berbunga riang seakan menyanyikan lagu "matahariku" hahaha.. seakan berjanji jugak aida mendapat 3 pinggan lagi, 2 pinggan mungkum dan 2 keping piring kuih.. jadi cukuplah buat masa ini memilik 6set setiapnya..cukup untuk menghidangkan untuk 6 orang makan.. itulah yang aida selalu katakan.. kalau ada rezeki tak kemana !!..Sekian coretan aida kali ini..

Friday, August 20, 2010

april rose

Kenapa tetiba ada penyakit `M' melanda..jangan salahkan puasa..puasa tu rahmat Allah..salam pada semua pengunjung Al Kesah...Sebenonya kalau dah malas tu malas jugak la kan..buat la alasan ikut mane..ishkk.. ada je sebab musibab tak bergerak.. Aida apply ni pada semua kerja harian..ahakss... Nak update blog ni pun kene ada feeling kot..perasaan nak buat, mood yang ceria..kalau tak alamat la...macam same jeerrk bunyi entry..kalau rasa tak kena mulalah 10kali delete new post...tu yang kekadang aida suka tukar lagu bukan ape nak tarik mood la konon...heheheheheTeaset ni keluaran Aynsley dan nama bunga nya April Rose.. Camtu ekk bunga april rose..itu kate pengeluarnye la Aynsley. Motif pada aynsley april rose ni bunga pink dengan multicolor daun.. Sekalik pandang ada jugak macam bunga sabun tu kan? Tak gitu...Yang di atas ni pulak teaset keluaran narumi yang namanya sama `April Rose' tak sama pun april-april rose ni, narumi april rose bermotifkan setangkai bunga rose pula.... kot-kot tempat negara yang berbeza la kot..Entry ni takpanjang sebab macam aida kata tadi la...mood tak masuk sebab takde lagu nak entry bersama nye lagi..ahakss.. ape-ape pun terima kasih berkunjung ke sini dan selamat menjamu mata..!!

Wednesday, August 18, 2010

nostalgia kudapan antik 1

Ikut suka ati jerk letak name kudapan antik...akakaakakaka...ada aku kesah..hehee..jangan marah..Alkesah kali ni mengesahkan kudapan yang menjadi turun temurun keluarga dari Opah (tentu mak tok pah die pun ngajonye) terus ke arwah mak aidaKudapan yang sedap di makan diwaktu petang atau sewaktu dengannya atau boleh aje dibuat kudapan berbuka puasa.. Namanya lempeng pisang..hehehe.. Memang dari dedulu la Opah, pastu mak aida buat never miss.. agaknya dorang taksuka melepat pisang kot.. Pisang yang selalu Opah aida pakai pisang abu.. sedappp. sebab masam-masam gitu. Pisang yang selalu mak aida buat pisang raja. Sebabnya? Rumah dorang masing2 banyak pisang2 tersebut..ahakss..
Alaa cara-cara biasa jerk nii.. amik daun pisang takyah layoo.. letak sesenduk adunan pisang+tepung, ratakan letak kelapa.
Lipat dua dan bakar atas kuali jeerkk..(abaikan tangan yang gedebab iteww)
Walla...terhasillah kudapan kite petang ni yekk puan-puan..lempeng pisang..layannzzz..

Tuesday, August 17, 2010

nostalgia si biskut antik raya 1

Salam daripada Alkesah....siapa kata biskut raya tak antik..ahakss..itu kata saya la.. Resepi biskut raya ni sudah berpuloh tahun dalam simpanan dan saban tahun dari remaja kalau di ikutkan sudah 25tahun aida buat off and on dan setiap kali never fail impress pembeli..mungkin keenakan dan bentuknya yang menjadi pilihan. Biskut raya ni dipanggil Tat Buah Rokam. Dari dahulu kengkawan menyuruh mengadakan kelas tapi setiap kali aida menolak dengan alasan takpandai mengajar. Tapi bila dah mengajar..takde pulak yang pandai buat..ekekekekekeke..Alaaa...aida pasti ramai yang tau membuatnya tak gitu...ahaks.. sonang baa itu..mungkin dek kerana setiap tahun dah buat jadik takde kekok dan teragak-agak la.Inilah step by step yang dah laaamee nak amik gambo..ahakss..akhirnya la..
Dah siap dibentuk dan digunting inilah hasilnya.Yang ini pula biskut nostalgia resepi lama jugak hehehe..aida namakan biskut bahtera cinta...akakaakaka..jangan gelak..abis tu aida dah ada tat sampan (saksikanlah kemunculannya..kalau rajin ekk)..dan takkan nak namakan biskut sampan jugak lagi.! Atau biskut tongkang..biskut perahu..tongkang pocah..kapalselam...ishkkk jauh bebeno bunyi macam nak gi seberang je..hehehe.. Akhirnya bernamalah die..Biskut Bahtera Cinta...jom belajarrr...

Monday, August 9, 2010

permulaan kangkung

Salam pada pengunjung Al-Kesah..Permulaan kangkung begitulah tajuk mengisahkan perjalanan pencarian barang antik saya..Tanggal 1hb Februari 2010 memahatkan satu peristiwa bagi keluarga suami pabila bapa mertua pulang ke rahmatullah. Setelah selesai segala urusan adik-beradik suami telah berkumpul di rumah arwah untuk mengemas rumah. Adik perempuan suami yang sejak dulu mencari koleksi kangkung telah menemui beberapa pinggan, 3 pasang cawan, seketul teko kangkung dan..itu saja! Kasihan kerana dia mendapat uncomplete set aida menolongnya mencari `kengkawan kangkung' yang aida rasa banyak di blog-blog. Pencarian bermula dengan menaip pinggan antik kangkung..dari situ keluarlah list `never ending story' blog-blog...Waaa pencarian bermula dan rembatan pun berhasil..hehehe.. !!Setelah hampir complete untuk adik..aida menjumpai mangkuk kangkung berlekuk-lekuk diatas tadi dipercayai tempat membasuh tangan...! Teruja dengan bentuknya aida menyimpannya sebagai satu-satunya bunga kangkung yang aida ada.. jadi bukanlah aida tak menyimpannya langsung cuma aida nak tengok koleksi pada adik complete jadi asal aida jumpe je aida akan rembatkan untuk dia....Dari permulaan kangkung jugak aida teruja mengumpul banyak koleksi-koleksi pinggan mangkuk antik yang aida ingat tiada lagi dipasaran..... Ini lah permulaan kisah aida mendapat lebih banyak lagi pinggan mangkuk lama dan aida amat hargai kepada kawan-kawan di blog-blog antik kerana banyak `input' aida pengetahuan mengenainyaa..begitulah Al-kesahnya..

Friday, August 6, 2010

dulang enamel

Salam pada semua.. hari ni nak berkongsi dulang-dulang enamel yang aida dapat daripada keluarga aida dan suami.Suatu ketika dulu dulang-dulang ni digunakan bila ada kenduri kendara di kampung untuk mengangkat hidang tak gitu.. Sekarang pun masih ade yang pakai tapi dulang enamel yang moden aida rase dan kekadang dulang pelestik..hehe
Cantikkan bila dah banyak-banyak corak camni..selalunya motif bunga ros.Dulang ni jugak agaknya digunapakai untuk menghidang bila ada tetamu berkunjung dirumah. Cenggini la agaknya Cik Kiah, Cik Bedah dan Cik Memun menghidangkan air kopi o bila tetamu datang.. saksikanlah keindahan dulang enamel semoga tak lapuk dek zaman dan nostalgianya memanggil-manggil kite untuk meneruskan tradisi lama ni...

Thursday, August 5, 2010

lambaian syawal

salam pada semua....minggu depan dah nak puasa kite...pastu mulalah sibuk persiapan raya antaranya apa lagi...buat kuih raya..Hahaha..aida nak berkongsi pengalaman antara aktiviti menjelang raya yang lepas-lepas.. Aida ni baker..ahaks..dari bujang sammmmpai la kira-kira 2 tahun lepas..dah pencen dalam erti kata menjual kukis raya..hehe.. Tak pandai mana pun buat kuih raya ni..mungkin minat dari kecik suka tolong mak buat kuih raya dan minat ni aida teruskan sampailah kehari ini..
Alhamdulillah kukis aida ni ada permintaan tersendiri dari sahabat handal, kawan dan kawan punya kawan.. Walaupun ramai kan yang selling cookies tapi masing-masing ada rezekinya tak gitu?.. hehe..Penolong tetap aida saban tahun adalah anak-anak bujang aida 4 orang ni (`pembantu rumah' come and go..whattt..').. harharhar.. jangan terkejut kalau ada yang dah pandai buat puding roti sendiri dan memasak yang simple-simple. Aida rase kalau dari kecik kite mengajar anak2 ni menolong..walaupun mereka sebenarnya takpandai..tapi lama-lama mereka akan pandai..dan jangan `expect too much' from them..Dah menolong pun seribu rahmat.. dan percayalah sedikit-sedikit kite memupuk mereka kerja berkumpulan saling membantu.. dan yang paling aida harapkan kebiasaan ini dapat membantu pasangan mereka pabila berkahwin nanti.... tak ke bahagia keluarga mereka kalau saling bantu membantu ni..
Dah jadi macam kilang proses makanan pulak kan rumah aida..kekekekeke..
Inilah antara kukis yang aida buat..biasa-biasa aje ye...takde yang canggih manggih pun.. antaranya ..cornflakes crunch (biskut turun temurun keluarga aida resepi mak), biskut kacang mazola, biskut coklat chip, arabian cashewnut, tat sampan (resepi sendiri), semperit coklat berbadam dan biskut tat rokam. Banyak lagi yang aida buat tapi yang ini antara yang biasa aida jual.. Oopss..jangan order ye..dah tak menjual ye.. tapi aida berbesar hati untuk berkongsi resepi.. Kalau ade yang nak mintak resepi email aida ye... layanzzz

Tuesday, August 3, 2010

pulanglah perantau

Aku terjaga dari tidur..
bagai ada satu suara
yang lembut membisik padaku
pulanglah
termenung dipagi yang dingin
terkenangkan kampung halaman
terbayang wajah-wajah yang sayu ku rindu
kenangan mengusik jiwaku
berlari dipinggiran desa...
Antara senikata lagu Pulanglah dendangan Dato' Shake..ahakss..pembuka bicara Aida kali ni..bukan ape terasa sayu setelah sekian lama aida tak balik kampung. Walaupun tiada lagi sesiapa di sana tetapi orang kate ape..tempat jatuh lagikan di kenang..tak gitu..
Baliknya aida ke kampung baru ni menengok rumah yang terbiar..hmmm.. Rumah ni bakal keluarga aida jual tetapi belum lagi ada muafakat jadi aida biarkan saja abg2 & kakak2 yg menjalankannya.. Terjumpa buku-buku di tingkat atas dalam sebuat lemari kayu buku lama.. antaranya buku pulanglah perantau..hehe.. yang menjadi tajuk entry aida kali ini..Beberapa buah beg luggage lama juga aida bawak balik..hmmm..ramai yang ada beg ni kan..
Setiap kali balik tak sah kalau tak menyusuri pekan Kuala Kangsar di tepi sungai perak yang penuh dengan deretan kedai-kedai barangan kraftangan..
Barangan kraftangan ni banyak jugak yang datang dari pantai timur, kerana kuala kangsar menjadi bandar pertama yang di jejaki setelah menuruni lebuhraya timurbarat..
Hmm..setiap kali aida balik ade je bakul yang aida rembat..hehehe... bukan pinggan mangkuk antik je tau.. selamat menjamu mata..

Monday, August 2, 2010

kerusi orang sanding dedulu

Salam pada semua..kali ini aida nak berkongsi gambar kerusi orang sanding dedulu..ahakss.bukan kerusi kahwin aida dulu tetapi kepunyaan arwah Opah dan kerusi ni dipakai semasa perkahwinan untie-untie aida tahun 60an dan 70an..Kerusi ni aida baru amik dari kampung. Nasib yang sama jugak .. `ditinggalkan'.. entahlah kenapa orang taksuka ekk nostalgia lama-lama ni.. banyak lagi barang lama di rumah kampung, kalau masa mengizinkan aida berusaha mengambilnye lagi sedikit-sedikit..
Sayang sekali gambar untie-untie aida kahwin tiada dalam simpanan aida..kalau ade mungkin bleh berkongsi.. `Kerusi kerawang'..aida panggil ni memang berat.. buatan dedulu kot.. mantap.. tiada sedikit pun cat terkeluar aida rasa walaupun telah dimamah usia..
Pelapik duduknya diperbuat daripada PVC masih cantik dan tiada kesan retakan. Saksikanlah keunikan kerusi tersebut..!!