Wednesday, June 30, 2010

Lemari 2 antik

Salam pengunjung Al-Kesah.... lemari kedua diperolehi sama ceritanye dengan lemari 1...hehehe.. tapi `di kuatiri' lebih mendatangkan kebimbangan kerana agak uzur daripada lemari 1.Dipercayai daripada kayu jati, semasa di baikpulih Pak Berahim merasakan sedikit ketidakstabilan pada kakinya. Beliau cuba sebaikmungkin untuk memastikan ketegapan lemari tersebut. Akhirnya beliau berjaya dan tersergamlah ia bersama-sama lemari 1 di rumah aida...cewahh...
Ukiran pada kaki lemari...saya pun takpasti motif bunganya...ada siapa-siapa yang boleh komen?
Lemari 2 yang diletakkan di sebelah lemari 1...ID aida tak pandai lagi pun keluasan rumah yang telahpun memuatkan beberapa almari membuatkan mereka berdua berjiran...hehe...
Inilah keadaan asal di rumah pusaka di kampung.. Terdahulu lemari ini dipenuh dengan pinggan mangkuk yang tak dipakai di tingkat atas rumah pusaka....

Sunday, June 27, 2010

Lemari 1 antik

Salam pada semua pengunjung...Al kesah nak berkongsi cerita mengenai lemari 1(almari le tuu..) yang Aida sebut lemari 1 antara siri-siri 3 lemari buat mase ini yang akan aida kongsi bersama.. Aida antara adik-adik bongsu yang tiada banyak bercakap kalau bab-bab memilih barang peninggalan arwah orang tua Aida. Aida lebih bersikap mengalah dan membiarkan yang lebih tua membuat keputusan. Nak di jadikan cerita di saat-saat akhir kakak-kakak menukar fikiran dan tak mahu mengambil lemari ini jadi...ape lagi...orang kate ape..?....pucuk dicita ulam mendatang...Jangan biarkan diri anda di selebungi oleh misteri..cewahh...hehehehe...angkut bawak balikkkk cepattt...
Lemari ini telah melalui perjalanan yang jauh dari kampung ke Kuala Lumpur...terasa hiba jugak kerana sekian lama di rumah pusaka...akhirnya berpindah rumah....Lemari 1 ini terdiri dari 2 elemen lemari iaitu bahagian atas dan bawah...En. Ibrahim dari Malacca Junkyard Jln TAR memanggilnye `Dutch' ....tak tau kenapa dan menurut beliau di buat sekitar tahun 1800an. Lemari ni di baikpulih oleh beliau dengan menukar ke warne yang lebih natural. Arwah mak dapatnye daripada jiran yang hendak berpindah rumah. Rasenye RM100 aje waktu tu..
Inilah keadaan asal lemari 1 tersebut sebelum di baikpulih di Kuala Lumpur seterusnya ditempatkan di rumah Aida......

Tuesday, June 22, 2010

Dambaan Meakin Sunflower

Salam pada pengunjung blog Al Kesah...ekoran daripada terjahan seorang kawan blogger yang ingin melihat motif sunflower yang dikeluarkan oleh J&G Meakin England di sini saya pertunjukkan motif bunga tersebut...Saya tiada set lengkap cuma yang ade ape yang di pertontonkan..hehehe..semoga panjang umur murah rezeki ( aminnnn..) untuk saya memiliki set lengkap yang menjadi dambaan saya dan mungkin pada anda juga....
Koleksi Meakin Sunflower saya terdiri dari 6 set cawan piring, 3 keping 8" & 2 keping 6" piring kuih dan 2 keping 6" mangkuk kecil. Square tea plate daripada koleksi lama keluarga saya bermotifkan warna bunga kuning saya padankan dengan set ini untuk menaikkan seri. Sunflower meakin adalah daripada rembatan hunting saya juga koleksi lama keluarga saya yang saya `tarik' daripada bahagian bawah gobok rumah arwah nenek saya. Semasa dijumpai saya rase tebal habuknya lebih tinggi daripada tebal piring tersebut...hehe.... Square tea plate tersebut dalam 20biji saya rase.. cuma 6 sahaja saya padankan dengan koleksi meakin sunflower saya...Hmm..bile ye anak-anak ni nak bertemu ibu...adikberadik yang lain?..kite tunggu...

Friday, June 18, 2010

kekwa yang bersatu...

Salam bahagia pada semua...bahagianya jiwa dapat koleksi kekwa merah yang hampir lengkap sebagai koleksi pinggan mangkuk lama. Di dalam blog Cik Mat Gebu yang tersohor itueww...ade menceritakan jens-jenis bunga kekwa yang telah di kategori oleh cutie Yatt sebagai Type A, B & C... Set kekwa merah ini, hubby dan aida berkongsi nostalgia yang sama dimana nenek kami masing-masing pernah memilikinya suatu waktu dahulu. Lalu kami mengumpulnya sedikit demi sedikit sehingga mendapat 62pcs.....untuk mengembalikan saat-saat nostalgia kekwa merah di hidangkan di waktu petang dengan ubi rebus bersulam kelapa sambil menghirup kopi panas di pelantar rumah nenek...
Apa-apa pun mari kite menikmati kepelbagaian corak bunga namun anggun sekali pabila di satukan...

Wednesday, June 16, 2010

Nice bloggers award...

Salam pada semua..hehe...dah terkena tag ni tak dapet eden nolaknye ekk.. Ok thanks pada zaza dari http://zazalimiey.blogspot/, kerana sudi mengtag akak ni..nice blogger ke akak ni dik.. Apa-apa alhamdulillah..
Mak ai kena jawab soklan cepumas la ok ini lah die jawapan pada soklan soklan itew...
soklan2nyer pulak adalah:~

1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?

Minggu ni gi hunting mane ekk..??

2. Apakah nama samaran you all ?

aida mn

3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?

ishkkk 3 je ke...
1)Suami
2) My 4 boys dan semua pangkat anak...
3)Adik beradik, sedara mara, jiran2 yg best banget...:)
4. Panggilan untuk si dia

mase marah ke mase suke...? :)

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa

almari antik gitu.....kekekeke...ye la mano nak lotak pinggan mangkuk eden ni haaa...
6. Blog mana yang you all suka visit ?

Uihs...blog masakan (walaupun takberapa nk mashak ekekeke)...blog antik la..( walaupun takberapa nk boleh berenti dah...)

7. Tag kan kepada 15 blogger you all
15 bloggers ni aida pick randomly jadi kalau dah pernah tertag sebelum ni tak disengajakan ye....ok...happi mengtaggg.....!!

Monday, June 14, 2010

Festival !

Salam pada pengunjung blog Al Kesah.....pertama kali melihatnya saya terkesima dengan kombinasi bunga-bunga kecil blue harebells, daffodils dan snowdrops..Selalu `disogokkan` dengan set-set teko yang bermotifkan bunga sekuntum..saya raya kombinasi corak `festival' yang pertama kali di keluarkan pada tahun 1950 oleh Royal Albert ini....cukup indah sekali......


Teaset yang saya beli dari sebuah shopping complex di KL terdiri daripada 6 set trio cawan piring & piring kuih, teko tea, sugar & creamer , sekeping sandwich plate dan tak ketinggalan satu cake plate yang saya beli daripada Mona UK…thanks Mona..


Set trio yang saya panggil syahdu...hehe..

Tuesday, June 8, 2010

anakberanak cik kiah oii...

Salam semua...pepagi lagi anak beranak cik bigrose keluar haa...gi mane tu ekk? Alaa..nak gi antor anak gi kelas tambahan..udah le tu....jom banyak tanya lak..
Eh..Cik Sakura pun antor anak jugak ekk..meh le sesame kite join lintas langsung jalan..ok gak tu...Amboi cik bigrose besarr dah anak yee..
Cik wildrose ni nak kemana tu? same la kite...antor anak gi kelas tambahan..comel anak cik wildrose iyee..meh la join..tunggu ape lagi.. Jap jap nak tunggu ni haa..tadi cik kekwa dengan cik kangkung kate nak ikut sekali..alahai...lambat pulak...terkucil apo...
Haluuu...sori mori la ekk..anak kite ni..tetiba perut kembung..dah la u-turn balik arr..Amboi cik kangkung.....melenggang kangkung awak ye...tup tup anak dah dua ?..bagus bagus bagus...ape lagi..jom la...nanti terlambat pulak haa bebudak ni gi kelas tambahan..jommm...

Friday, June 4, 2010

rose rose, i love you

Salam semua....rose,rose i love you..lagu nyanyian anita mui, tetiba terkeluar dari mulut saya bila buat entry ni..hehe...takpandai menyanyi pun makcik ni haaa..tetapi melihatkan kuntuman roses dinnerset ni hati saya berbunga riang terus mendendangkan lagu iteww..pehhh...
Dinnerset ni diperturunkan kepada saya 12tahun lalu oleh emak saya setelah hampir 5 tahun sessi bodek membodek..wahhh...berjaya jugak ni..hehe... Dinnerset ni satu ketika dahulu kepunyaan arwah Opah yang saya rasa dibeli sekitar 60an. Saya pernah terjumpa gambar2 lama untie saya kahwin sekitar lewat 60an dan waaaa...dinnerset ni digunapakai. Belakang cop tertera RC Japan dan kalau tak silap saya itu adalah jenama Noritake sebelum cop Noritake dimenterai..apa kata anda..?

Motif bunga rose sekuntum dengan gadingan kudup rose cukup ayu..

Wednesday, June 2, 2010

Biru mata hatiku...

Salam semua...saya amat menyukai tema biru yang saya abadikan pada satu ruang di rumah. Tema biru saya lebih kepada mangkuk tingkat porcelain atau lebih dikenali sebagai tiffin...Mungkin blogger2 lain dah banyak memilikinya atau rasakan tiada unsur antik didalam koleksi ini...tetapi saya meminatinya mungkin kerana lebih kepada unsur motifnya yang tersendiri dan nostalgia lama sewaktu kecil...saksikanlah..


Berdirilah kesemuanya di samping si comel bunga sawi...5 tiffin ni sempena 4 orang anak + 1 nephew yang dah macam anak sendiri...esok-esok mama wariskanlah kat korang..pandai-pandai la angkut sorang satu balik ekkk...


Tiffin berpaten pokok buloh ni aida suka kerana paten yang halus. Ikan biru tu diperturunkan kepada cik abang dari bapanya yang di warisi dari generasi keluarganya...Kesemua tiffin ni aida dapat dari pelbagai tempat seperti Lorong Kulit, PPinang, Bandar Melaka juga di KL..maka bertemulah mereka di teratak aida sambil mengalunkan lagu boria mangkuk tingkat...sekian.