Tuesday, May 25, 2010

Ada apa dengan Johnson Bros...

Salam pada semua...entry saya kali ini mengenai koleksi pinggan mangkuk Johnson Bros saya yang tak seberapa..waaa...pasti blogger yang lain sudah banyak yang memilikinye. Apa yang saya paparkan di sini koleksi yang saya miliki setelah sebelum ini hampa pada mulanya...

Hobi saya yang `tetiba' ini...membawa saya ke sebuah kedai barang antik di selatan tanahair..saya pasti ramai dah mengetahui kedai antik ini..Dari deretan koleksi beliau, saya teruja dengan koleksi johnson bros teaset yang di susun rapi..Seminggu saya memikirkannya maklumlah rege bleh tahan riban gitu... Setelah mendapat `green light' dari cik abang, kami ke kedai tersebut lagi tetapi hampa..`sudah di booking'..

Masih lagi tetap tak mengalah..saban minggu kami berkunjung juga ke sana akhirnya pada satu malam yg hening saya mendapat sms berbunyi berikut `Puan, jika berminat datang esok untuk memiliki JOHNSON BROS..'. Saya melompat macam kena loteri ( penah ambik ke... )..Rupanya `sang booking' cancel...itulah yang dinamakan rezeki...kalau ade tak kemana kan..

Johnson Bros teaset yang saya dapat dari bunga Khyber. Itulah permulaan yang mengundang pelbagai bunga lagi yang saya dapat dari kedai yang sama dan dari pinangan penjual online antik yag lain.. Bunga-bunga lain yang saya dapat dari jenama JB ini seperti Anemone, Irene dan Paris..Caca merba tapi tetap indah bila di gandingkan bersama..Jadi bertemulah mereka di dalam lemari antik saya tu...Sekian...:)


Friday, May 21, 2010


Salam di pagi jumaat,

Hari ni nak berkongsi hasil belian dari penjual antik terkenal di selatan tanahair..hehe.. Aida tak kumpul koleksi ni tapi ingin berkongsi atau kalau ada sesiapa ingin berbarter, sudi sudikanlah ye..

Tuesday, May 4, 2010

Salam pada semua !

Salam perkenalan kepada kawan-kawan realiti dan alam maya. Blog ini saya `create' untuk berinteraksi dan berkongsi pengetahuan dengan semua mengenai apa saja dan segala feed back amatlah saya hargai.