Tuesday, December 14, 2010

pabila hunting season bermula

Salam semua..alkesah takde mood sebenarnya minggu ini... apa tah lagi ada kematian dalam keluarga jadi agak hilang semangat untuk berblogging.
Ahad pagi baru ni aida berkunjung ke KL Car Boot sale di taman tasik titiwangsa yang di anjurkan oleh DBKL. Aida kesana untuk mengambil barang dari Din blog Kafe Klasik Station. Barang dah lama aida book dan setelah diberitahu oleh Din mengenai Carboot sale aida mengambil keputusan berjumpa saja dengannya di sana sambil menjamu mata.
Memang benar barangan yang dijual pada hari itu tiada kat blog die seperti yang diwar-warkan. Jadi kalau rakan-rakan ingin melihatnya..aida rasa kunjungilah boot dia disana! Yang akan diadakan setiap hari sabtu dan ahad kalau tak salah aida.
Hmm.. apa aida rembat dari die? Beberapa barang yang aida order untuk arwah adik ipar yang baru meninggal dan juga barang aida. Walaupun adik ipar sudah meninggal aida masih bertekad untuk mencari PML seperti yang aida janjikan sebelum ini untuk die dan semoga anak-anak beliau akan meneruskan minat ibu mereka..Hunting aida seterusnya ke kedai taliban kat Pedas. Memang kami dah agak mesra masakan tidak !! Kunjungan saban minggu dan dari sana jugak kami perolehi `rete karun' kami yang pertama yang di idam-idamkan..hehe. Gambar Cik Abg dgn Yazid TalibanIsteri Yazid dan anak die yang manja sentiasa mesra dan menolong suaminya dikedai. Itu lah episod kali ini pabila hunting season bermula dan semoga tidak berakhir dan pencarian masih diteruskan..lets go !!

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...