Friday, December 10, 2010

jb old mill brown

Salam pengunjung Alkesah....semoga riang ria disamping keluarga dan rakan taulan.. Masih berkisar kepada bunga-bunga walaupun paten ni takde bunga..hehe
Ikut suka hati je aida ni kan...entri pasal bunga la ape la tong la..ishkk.. ye la.. Kang jemu pulak. Modal bercerita ni kekadang timbul kekadang tenggelam macam sabut jugak tak gitu.. Tapi terus terang aida ni takpandai berkarya dalam menghalusi seni atur penulisan. Bukan bidang aida agaknya. Bidang aida ceburi berteraskan seni bina tapi bukanlah seorang arkitek hehe.. baaawah cikit. Kalau ada antara sahabat handai yang menceburi bidang ni mungkin agak faham kenapa muzik memainkan peranan penting dalam bidang ini..hehe. Kalau kat ofis kalau tak melalak bukan arkitek ofis la tu..hahaha. Dengan stress dalam design and work..muzik menjadi kawan dalam melakari setiap inci perincian kerja..haha..Jadi jangan marahkan aida suka memasukkan lagu-lagu dalam blog aida ni ekk.. aiyaaa sudah lari dari tajuk pulak aida ni..Bawaklah aida pergiii...terlintas di fikiran aida tatkala pertama kali melihat set johnson bros old mill dalam warna brown ini. Macam nak gi jerk tengok old mill yang sebenar macam gambaran pada set ni... Cukup teruja dengan pemandangan old mill yang brown ini walaupun aida juga mempunyai set warna pink dalam corak yang sama. Set old mill brown ni ada satu coffee pot siri mill jugak iaitu Mill Stream dan 2 teapot siri the old mill. Yang paling aida suka tureen die cantik dalamnya ada pattern jugak, aida gandingkan dengan 6 mangkuk kecil desert dan 4 mangkuk bubur bersegi. Ok la tu nanti ada rezeki bleh lagi rembat kat Encik Taj.. . Set ini aida dapat jugak 2 creamer dan 2 sugarbowl dengan 6 set cawan. Juga sekeping pinggan 10inci sebagai pengganti cake plate. Kenapa aida rembat byk sugar@creamer? Hahaha..kebetulan aida menjengah rumah Taj mengambil barang yang dipesan. Taj sedang mengatur oldmill dan katanya ada lebih yang `ditinggalkan'..apa lagi !! aida rembat la.. Banyak kali jugak kunjungan kerumah Taj..tapi awas !!.. hehe..rumah bujang !!..TAPI kelazzz gitu.. setiap kali kesana mestilah ditemani Cik Abg aida... Alaaa semua dah tau kan macamane rupe rumah die yang glamour tu kannn..hehe..(Jangan marah Tajjj)Saksikanlah set old mill aida ni yang gelisah menanti lagi suku sakatnya... alaaa..pinggan makan la pulak nak kumpul..errr...Taj, ada lagi tak? simpannnnn... bajet hujung tahun dopan..lambat lagi..adeehhh..layanzzz

2 comments:

  1. hikhik....yer la..bukan sombong....umah kita bujang laki semua...kalau perempuan datang tanpa muhrim x manis la.....kalau bawak muhrim ok skit.....:)

    ReplyDelete
  2. Salam Taj,
    Walla....bila nak masak laksa penang lagi ? Jangan lupe ajak kiteee..kali ni hidang dalam set florida la pulak ekkk...hehehe..

    ReplyDelete

Salam buat semua...