Tuesday, November 2, 2010

Wedgewood Indian Tree

Salam pada semua...setelah kemelut hari isnin berlalu..hari selasa menjanjikan keceriaan baru... haaaa... aida nak berkongsi dengan wedgewood indian tree !
Daripada sumber di internet corak Indian Tree ini yang banyak di keluarkan seawal kurun ke 19 dikatakan berasal daripada corak textile Indian. Coraknya bertemakan dahan pohon yang membengkok dengan berbagai bunga dan dedaun yang luarbiasa dengan sejalur emas `band’ disekeliling corak. Corak Indian Tree ini dikatakan paling popular dikalangan pekerja mahir di Coalport China dan dikatakan pertama kali direkabentuk di kilang Coalport China pada tahun 1801,tetapi hanya lewat 1820an diketengahkan.Walaupun begitu kesahihan corak asalnya masih samar. Ada juga dakwaan mengatakan corak daripada sekeping kain sutera askar `Shropshire’ (tidak diketahui asal usulnya).Ironiknya corak Indian Tree yang berunsurkan `earthy design’ ini, masih diminati ramai dengan peminatnya yang tersendiri.Set yang mengandungi sebiji covered vegetable bowl dan 5 keping mangkuk mungkum aida perolehi daripada Nora, Baranguk dengan harga yang berbaloi-baloi. Walaupun seconded tapi set ini masih dalam keadaan baik tanpa cacat celanya.. Terima kasih kepada Nora ye..!Saksikanlah serba sedikit set Indian Tree ini diharap info yang tertera di atas dapat memberi sedikit gambaran tentang corak ini dan jikalau ada komen dan info yang lebih mengenainya aida ingin mendengar dari pembaca semua... wassalam..

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...