Monday, November 1, 2010

masih adakah lagi..

Salam di hari Isnin pada semua yang masih mencari-cari sesuatu yang pastinya..di hari isnin yang kite sume gelar Monday Blue.. hmmmm.. sejauh mane kebenarannya... gambar-gambar yang dipaparkan disini tiada kene mengena dengan `Monday Blue' kite hari ini sekadar berkongsi dengan semua gambaran yang aida `capture' sewaktu bercuti sambil merihatkan minda di utara tahanair..sudah pasti destinasi `Mesti' aida di Lorong Kulit.Apakah ini? Macam beca jual roti agaknya..menarik pada pandangan dan terkenang semasa kecik2 beca roti sebegini menjual roti dengan sapuan sekaya yang masih panas..hmmmDeretan kedai ini yang pernah aida `capture' didalam perjalanan menuju ke Lorong Kulit.. tetapi sekarang sudah tiada... Di hoarding sekelilingnya sudah pasti pembangunan baru sedang berjalan hebat.. hmmmRadio lama dan barang2 lama di sekitar lorong kulit.. Bagi yang dah biasa berkunjung disini..sudah pasti arif kedai ini dimana kedudukannya... heheAntara barangan yang dijual..cantik kan talam ni..Ah So penjual barangan antik.. kalau yang harga RM300 keatas..takboleh pegang tapi boleh tengok je..Dah beli..baru dibenarkan pegang...hmmmmm.. tapi aida rembat jugak satu dua barang dengan die..Antara penjual dan pembeli barang antik..hehe.. mangkuk tingkat dalam ape jenis atau kategori tak kira ayan atau porcelain tetap menarik minat aida..hmmm..Gambar di sebuah kopitiam yang `famous' di Kuala Kangsar..Yuk Loy.. Kuih pau dia dikatakan lebih sedap daripada Yik Mun, Tanjung Malim.. Bagi aida memang betul..kene cuba baru tau..hehe.. Hmmm..jadi masih adakah lagi gambaran-gambaran dan suasana yang kite rasai hari ini akan dapat dirasai oleh anakcucu kite.. atau akan habis ditelan masa dan zaman dengan kehebatan pembangunan masakini..Hmmmm sama-samakanlah kite renungkan.. Apa-apa pun artikel aida ini tidak ada kene mengena dengan ape juga pembangunan yang berlaku disekitar kite sekadar berkongsi rasa dan pandangan..wassalam

2 comments:

  1. gambak2 di atas saya dah tak hairan tengok..tmpt tu dah jd rumah nombor 2 saya sejak 11 tahun lagi tapi gambak kedai kt kuala tu geram cek tengok..showcase roti 2 bijik tuu..bila mau dapat niiee..!

    ReplyDelete
  2. Salam Eis,
    Nak cek tunjuk the rest of the shop kaaa... kot-kot pengsan cek taktau nooo....meja sume marble top antik ahakss...

    ReplyDelete

Salam buat semua...