Thursday, November 4, 2010

Jejak kasih...Si Meakin Chatham

Salam pada semua dikala warga malaysia bersiap-siap dengan perayaan jugak tak ketinggalan majis2 kahwin sempena cuti 3hari bermula esok..aida paparkan tatapan mata entry jejak kasih aida si meakin chatham..
Seingat aida sebijik mangkuk dan 2 keping pinggan Meakin Chatham ini berada di dalam simpanan nenek sejak aida kecik2 lagi..taktau la mane lagi anakberanak die..sampaikan nama Chatham pun aida was-was..samada chatham atau chatnam. Tinggallah 3beranak ini dirumah aida tanpa satu pun aida tau dari mane asalnya sehingga pada satu hari kunjungan aida ke Muzium Melaka (muzium atas bukit warna merah tu) menghampirkan pencarian aida pada suku-sakatnya. Di muzium tersebut ada sekeping platter bujur berukuran agak besar 20inci.. waaa...hampir saja aida menjerit...Dengan pertolongan kawan kite siapa lagi kalau bukan Encik Taj menolong aida menemukan suku sakat anakberanaknya mungkin 3beranak aida tu tinggal 3beranak.. Setelah yakin betul, sama spesis.. Encik Taj membawa kepada aida suku-sakatnya yang lain..Bertemulah si tureen, si gravy boat dan si oval platter. Terharu aida dibuatnya seperti rancangan Jejak Kasih kat tv tu..hehe..Terbelek-belek aida menatap dan merasai `talian persaudaraan ini'..amboi..mane taknyee takpenah tengok suku sakatnye !!.. Tureen yang beralun seperti satu persembahan bagi aida untuk mengulitnya dengan penuh rasa kasihsayang..hehehe..Sebiji gravy boat with underplater yang agak usang dapat aida rasainya apatah lagi info yang aida perolehi pengeluaran J&G Meakin chatham ini seawal tahu 1906an lagi..hmm..Bertemulah mereka seakan menikmati hari-hari tua mereka..hehe..ye la dah lame kan tak jumpa..100tahun?

2 comments:

  1. Thanks Anonymous for the compliments..it is a rare collection for me.

    ReplyDelete

Salam buat semua...