Friday, October 22, 2010

Johnson Bros `Garma' tureen

Salam pada semua.. entry tureen lagi aida agaknya tengah musim tureen kot?hehe.. Ini kegembiraan aida mendapat tureen ini kerana tak di sangka-sangka..Johnson Bros `Garma' tureen yang bujur ini agak limited info di internet jadi tak tahu la nak intro ape..tapi sedikit pengenalan mengenai tureen ini boleh kite kongsi daripada pengalaman En. Taj. Tureen ini aida dapat tidak di sangka semasa mengunjungi amcorp mall.. Terima kasih kepada Eis Antique kerana memberi aida peluang memiliki JB tureen ini yang diketahui popular di kalangan pengumpul antik. Satu senduk yang sediaada dalam simpanan aida..muat aje dan seakan menunggu ibunya itu..hehe.. Itulah yang dinamakan jodoh kan..kalau sudah jodoh tak kemana kan? Bertemulah tureen yang siap ada pelapiknya dengan senduk porcelain yang sudah sekian lama menghuni di lemari aida.Disebelahnya satu tureen keluaran JB jugak iaitu `Grafton' tiada berpenutup aida letakkan ditepinya untuk membandingkan saiz tureen `Garma'. Itu saja untuk santapan mata dan minda di minggu ini..hehehe...semuga bertemu lagi di minggu depan..aida akan paparkan lagi beberapa tureen yang menarik yang aida hendak berkongsi bersama.... tungguuu.....

2 comments:

  1. tahniah aida krna dpt tureen yg sangat2 cantik pd. kacamata shariff. Bertuah sungguh aida..teruskan minat.

    ReplyDelete
  2. Salam Shariff,
    Tenkiu tenkiu,,rezeki yg tak disangka hehe..alhamdulillah dapat ni.. aida rase ramai yang mencarinye jugak..

    ReplyDelete

Salam buat semua...