Thursday, September 2, 2010

Trade & barter di dunia antik aida

Salam pada semua...ramadan bakal melabuhkan tirainya dan kite akan meraikan aidil fitri setelah mengerjakan ibadah puasa..... Itulah kepuasan kite untuk meraikan bersama keluarga dan tiada lagi yang lebih indah untuk menikmati sarapan bersama-sama keluarga dipagi hari raya... Intro daripada aida sebenarnya terbawak-bawak memori nak beraya sebenarya..hehe..tapi tak kisah la tu kan..Trade & barter itu lah yang selalu kite buat untuk mendapatkan suatu barang yang dihajati.. Aida baru dalam trade & barter dunia antik ni..jadi..tak berapa nak faham tapi perlahan-lahan aida cuma memahaminya. Faktor kepuasan pada pihak yang memberi dan menerima memang lah di ambil kira.Bagi Aida lah yang penting bukan pada barang yang nak ditrade/barter. Tapi keikhlasan kite untuk berbarter dan yang menakjubkan...hubungan siratulrahim yang dibina atas dasar keikhlasan itu. Beberapa barang yang pernah aida dapat dalam T&B ini seperti di gambar-gambar. Terima kasih yang tak terhingga kepada beberapa individu yang sudi T&B dgn aida seperti KakNor64, Encik Taj, Shas jugak KakChah. Juga kepada beberapa individu yang ingin berbarter dengan aida tetapi tiada lagi barang dalam simpanan aida.. Insyallah kalau aida dapat lagi aida akan ingat ye..Itulah dia.... yang paling seronok pabila mendapat lebih daripada barang T&B..hahahaha.... Di sini lagi sekali aida mengucapkan terima kasih pada semua..dan maafkan aida sekiranya ada kesalahan disepanjang T&B ini...dipanjangkan juga kepada kawan-kawan di dunia antik aida ni jikalau ada terkasar bahasa...terguris hati... aida minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..diharap siratulrahim ini akan berkekalan walaupun bukan hanya di dunia antik sahaja.. aminnn...

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...