Monday, September 27, 2010

bling bling pelita lilin

Salam keceriaan pada semua seperti cerianya Al-kesah mendapat pelita lilin ini..
Cantik tak? waaa aida dah suka tetapi taktau la sejauh mane keantikannya tapi cantik je di mata aida ni..tolong kengkawan komen ye..hehe..Sepasang tinggi lampai dikatakan tempat letak lilin atau boleh aja dibuat di bawah tempat lilin tu diletak sebiji mentol dan talinya ditarik menerusi lubang tengah hingga ke bawah menurut penjual barangan lama di lorong kulit.. Hmmm..nak kene skodeng jugak la kan..Badannya daripada tembaga agak usang boleh digilap-gilap kot..hehe...tunggu masa yang sesuai untuk digilapSi hijau pelita berlapis dua comel aja kan... Kalau agaknya bling-bling pada tempat lilin aida tukar dengan bling-bling merah ke...cantik tak? hahaha..nak cuba ni...kot2 nampak kelainan.Aida kawankan dengan pelita lain dirumah yang sebelah kanan sidebab tanpa penutup kaca diatas dan dikatakan adalah berbentuk sama dengan sihijau.. sebelah kiri pelita lampu jugak..

1 comment:

Salam buat semua...