Tuesday, August 3, 2010

pulanglah perantau

Aku terjaga dari tidur..
bagai ada satu suara
yang lembut membisik padaku
pulanglah
termenung dipagi yang dingin
terkenangkan kampung halaman
terbayang wajah-wajah yang sayu ku rindu
kenangan mengusik jiwaku
berlari dipinggiran desa...
Antara senikata lagu Pulanglah dendangan Dato' Shake..ahakss..pembuka bicara Aida kali ni..bukan ape terasa sayu setelah sekian lama aida tak balik kampung. Walaupun tiada lagi sesiapa di sana tetapi orang kate ape..tempat jatuh lagikan di kenang..tak gitu..
Baliknya aida ke kampung baru ni menengok rumah yang terbiar..hmmm.. Rumah ni bakal keluarga aida jual tetapi belum lagi ada muafakat jadi aida biarkan saja abg2 & kakak2 yg menjalankannya.. Terjumpa buku-buku di tingkat atas dalam sebuat lemari kayu buku lama.. antaranya buku pulanglah perantau..hehe.. yang menjadi tajuk entry aida kali ini..Beberapa buah beg luggage lama juga aida bawak balik..hmmm..ramai yang ada beg ni kan..
Setiap kali balik tak sah kalau tak menyusuri pekan Kuala Kangsar di tepi sungai perak yang penuh dengan deretan kedai-kedai barangan kraftangan..
Barangan kraftangan ni banyak jugak yang datang dari pantai timur, kerana kuala kangsar menjadi bandar pertama yang di jejaki setelah menuruni lebuhraya timurbarat..
Hmm..setiap kali aida balik ade je bakul yang aida rembat..hehehe... bukan pinggan mangkuk antik je tau.. selamat menjamu mata..

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...