Monday, August 9, 2010

permulaan kangkung

Salam pada pengunjung Al-Kesah..Permulaan kangkung begitulah tajuk mengisahkan perjalanan pencarian barang antik saya..Tanggal 1hb Februari 2010 memahatkan satu peristiwa bagi keluarga suami pabila bapa mertua pulang ke rahmatullah. Setelah selesai segala urusan adik-beradik suami telah berkumpul di rumah arwah untuk mengemas rumah. Adik perempuan suami yang sejak dulu mencari koleksi kangkung telah menemui beberapa pinggan, 3 pasang cawan, seketul teko kangkung dan..itu saja! Kasihan kerana dia mendapat uncomplete set aida menolongnya mencari `kengkawan kangkung' yang aida rasa banyak di blog-blog. Pencarian bermula dengan menaip pinggan antik kangkung..dari situ keluarlah list `never ending story' blog-blog...Waaa pencarian bermula dan rembatan pun berhasil..hehehe.. !!Setelah hampir complete untuk adik..aida menjumpai mangkuk kangkung berlekuk-lekuk diatas tadi dipercayai tempat membasuh tangan...! Teruja dengan bentuknya aida menyimpannya sebagai satu-satunya bunga kangkung yang aida ada.. jadi bukanlah aida tak menyimpannya langsung cuma aida nak tengok koleksi pada adik complete jadi asal aida jumpe je aida akan rembatkan untuk dia....Dari permulaan kangkung jugak aida teruja mengumpul banyak koleksi-koleksi pinggan mangkuk antik yang aida ingat tiada lagi dipasaran..... Ini lah permulaan kisah aida mendapat lebih banyak lagi pinggan mangkuk lama dan aida amat hargai kepada kawan-kawan di blog-blog antik kerana banyak `input' aida pengetahuan mengenainyaa..begitulah Al-kesahnya..

1 comment:

  1. Salam aida,disebalik kedukaan ada hikmah..disebalik kemurungan ada wajah keceriaan..,disebalik peninggalan ada rezekinya.(p/s takziah dr shariff kat aida sekeluarga)

    ReplyDelete

Salam buat semua...