Monday, August 23, 2010

"matahariku"

Berjuta warna pelangi di dalam hati, sejenak luluh bergeming menjauh pergi...Salam dari Al kesah dan kesah yang aida akan kongsikan mengenai koleksi "matahariku"
Susunatur bunga berselang warna pink dan kuning dengan rim `emas berterabur'..istilah aida bagi untuk set Sunshine J&G Meikin. Terjahan mata aida yang menggemari warna-wana lembut menyinggah pada satu sudut di kedai antik...ternampak dinnerset warna keemasan ini di dalamnya. Bertanya aida pada pemilik kedai yang aida suka kunjungi saban minggu...`sudah di booking'..ringkas sahaja jawapannya mengiringi senyuman lebar di wajah pemilik kedai. Hampa itu kata hati aida.. wajah sugul aida agaknya menarik perhatian pemilik kedai.. `Takpe nanti saya carikan lagi kalau puan berminat'..
Seakan orang mengantuk disorongkan bantal..aida melemparkan senyuman yang seakan memberi semangat baru dalam diri ini...ahaksss.. Tapi...tak senang ye kawan-kawan. Mungkin ramai yang dah pun memiliki set ni tapi aida baru terkial-kial..Kunjungan aida lagi diminggu berikutnya menampakkan hasil pabila dapat merembat 3 pinggan makan dan 4 pinggan mungkum berserta tureen. Tak ada penutup tetap cantik dimata aida.. takpe la kan..aida gandingkan dengan set lain yang aida ada.
Masih sabar menanti akhirnya selepas beberapa bulan menunggu..pemilik kedai menghantar pesanan ringkas meminta aida mengambil lagi beberapa keping.. Berbunga riang seakan menyanyikan lagu "matahariku" hahaha.. seakan berjanji jugak aida mendapat 3 pinggan lagi, 2 pinggan mungkum dan 2 keping piring kuih.. jadi cukuplah buat masa ini memilik 6set setiapnya..cukup untuk menghidangkan untuk 6 orang makan.. itulah yang aida selalu katakan.. kalau ada rezeki tak kemana !!..Sekian coretan aida kali ini..

2 comments:

  1. salam kak aidaaaaa..
    dengarlahhh matahariku..suara tangisanku..ku terpesona lagikkkkkk..huwaaaa..untung akak rembat..marbelesss tau bunga sunshine tu...doa2 moga dapat teasetnya kan..aminnnn..

    ReplyDelete
  2. Salam Yatt,
    hahahaha...nyanyi kuatttt lagikkss...sure sat gi terpacul keluar set matahari kat umah yatt pulaks..hehehe..masih dalam penantian menunggu suku sakatnye iteww...ahakss..

    ReplyDelete

Salam buat semua...