Tuesday, August 24, 2010

love of my life si kuning cair

si kuning cair menjadi faberet cik somi yang ingin mengimbas kenangan lama bersama keluarga nenek dikampung..salam pada tetamu alkesah kali ini..Cik somi dibesarkan berselangseli antara keluarganya di kuala lumpur dan keluarga neneknya di kuantan..Banyak yang menjadi kenangan lamanya antaranya pinggan mangkuklama. Sementelaah rumah nenek terbakar jadi tiada satu pun yang tinggal untuk cik somi jadikan kenangan.. Dalam pada tu, susah bertemu warna kuning cair keluaran Sunshine J&G Meakin ini yang menjadi faberet kepada cik somi. Memula dapatlah beberapa platter besar boleh lah untuk menghidang kudapan.. itu saja! Masih tak berputus asa..aida mencari lagi kengkawannya.. dan akhirnya ini yang dikatakan jodoh tak gitu..
Dari sumber-sumber yang aida dapat... memang terdapat set warna kuning pekat..tetapi cik somi suka warna kuning cair ni.. Aida berhasil jugak mendapatkan sebijik tureen sepadan.. alhamdulillah menjadi penyeri pada set ini..Tiada yang lebih indah..bila dapat satu set sebegini yang aida gelarnya Love Of My Life Sikuning Cair sempena lagu kegemaran cik somi... Indah kerana bukan hanya kerana memperolehinya tetapi kenangan yang ingin kita ingati disebaliknya yang akan menjadi nostalgia dan kenangan kita susuri disepanjang hidup kita yang sementara ini...

No comments:

Post a Comment

Salam buat semua...