Monday, July 5, 2010

Lemari 3 antik

Salam di hari Isnin...weekend yang agak sibuk tetapi seronok apabila dapat kunjung mengunjungi dengan seorang otai barang antik yang famous...hehehe... Dunia blog antik yang saya baru `terjun' ni menemukan saya dengan beberapa pengumpul dan penjual antik (PP antik) yang saya kagumi dan hargai kerana sudi berkongsi cerita ceriti pengalaman mengorek dan menimbus barang-barang antik ! ye la dah korek kene le timbus nak bagi barang antik `tumbuh' balik pe...hehehe.. Apa-apa pun saya harap dapat lagi mengenali lebih ramai PP antik ini dari semasa ke semasa untuk saya lebih mendalami, memahami dan seterusnya merembati hasil-hasil khazanah yang menjadi pujaan dan rebutan semua pengumpul antik untuk dikongsi bersama dan supaya ianya tidak dilupakan oleh generasi selepas ini ...al kesahnyee...
Lemari 3 antik ini saya dapati setelah `di tinggalkan' di rumah pusaka..orang tak nak le tu.. Bila saya pulang semula ke kampung untuk mengintai rumah yang meninggalkan seribu satu kenangan saya sejak kecil. Almari ini `ditinggalkan' semasa perabut yang lain telahpun menaiki lori ke KL.. Agaknye orang tak heran kot lemari segini rupe.. Aida mengangkut dengan kereta aje dan telah di hantar untuk dibaikpulih.. Jadi..beginilah hasilnya..!
Hmm...almari ni bercermin tetapi aida suka terbuka sebegini..untuk menguliti dan meneliti pinggan mangkuk lama ni..Mungkin esok-esok habuk dah tebal baru nak pasang balik cerminya.. Gambar lama lemari ni tiada dalam simpanan agaknya seperti aida kata..`di tinggalkan'..dan tiada yang perasan kehadirannya sekian lamanya.. Lemari ni arwah mak aida letak disatu sudut meja makan dan pelbagai barangan dan buku-buku kegemaran arwah bapa di simpan di rak-rak ini.. Inilah lemari antik terakhir yang aida ada dan hmmm...sebenarnya ada lagi di kampung dan aida berhasrat untuk membawanya ke teratak aida.. Nasib yang tu sama la macam lemari ni..`di tinggalkan' begitu saja. Sekian coretan aida untuk kali ini...

3 comments:

  1. salam kak aida...
    wawawahhhh..itu cun..ini cunnn..semuanya cunn..yang nie pun saya sukaaa sangat..banyakk boleh isi..puas hati lerr..

    isi dalam tu...amboihhh berderet2 sakura dia tu..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Yatt,
    hehehehe..rezki la kot..takde owang nak..hehe..sakura tu memula punye le payah nk dpt seketoi..dh dapatt..berderet le pulak nak ikut balik...kekeke..

    ReplyDelete
  3. salam aida..ternyata cantik & berharga almari lama yg aida dapat. Memang grand bangat tue..Congrate..

    ReplyDelete

Salam buat semua...