Wednesday, June 2, 2010

Biru mata hatiku...

Salam semua...saya amat menyukai tema biru yang saya abadikan pada satu ruang di rumah. Tema biru saya lebih kepada mangkuk tingkat porcelain atau lebih dikenali sebagai tiffin...Mungkin blogger2 lain dah banyak memilikinya atau rasakan tiada unsur antik didalam koleksi ini...tetapi saya meminatinya mungkin kerana lebih kepada unsur motifnya yang tersendiri dan nostalgia lama sewaktu kecil...saksikanlah..


Berdirilah kesemuanya di samping si comel bunga sawi...5 tiffin ni sempena 4 orang anak + 1 nephew yang dah macam anak sendiri...esok-esok mama wariskanlah kat korang..pandai-pandai la angkut sorang satu balik ekkk...


Tiffin berpaten pokok buloh ni aida suka kerana paten yang halus. Ikan biru tu diperturunkan kepada cik abang dari bapanya yang di warisi dari generasi keluarganya...Kesemua tiffin ni aida dapat dari pelbagai tempat seperti Lorong Kulit, PPinang, Bandar Melaka juga di KL..maka bertemulah mereka di teratak aida sambil mengalunkan lagu boria mangkuk tingkat...sekian.

2 comments:

  1. assalamualaikum aida,

    wow hebat nya koleksi tiffinmu ni..cantk yg amat..tiffin tak termasuk dlm koleksi akk ..takpelah mampu tengok pun dah cukup hukhukhukkk....

    koleksi2mu ni mmg eksklusif macam tuannya ....teruskan aida...

    ReplyDelete
  2. Salam Kaknor,

    hehehe...tiffin mmg aida suka lama tapi memula nk dpt lagi mmg susah..tapi dh mula dpt adeee je nampak dan terjumpe..hehe..

    Tima kacih kaknor...takpe kite berkongsi mata dan pandangan ekk..

    ReplyDelete

Salam buat semua...